'Jangan menangis untuk sesuatu yang akan musnah, menangislah kerana kamu berkehendak pada sesuatu yang kekal'

Jangan cari keajaiban dalam perhubungan. Manusia penuh kelemahan. Hari ini berkata ini, esok berkata itu. Dunia ini sementara, begitu jugalah hubungan sesama manusia, segalanya sementara. Tiada jaminan untuk seorang manusia itu taat hakiki pada manusia yang lain. Hormatilah dia sebagai pasangan kita, tapi pendamkan cinta dan rintihan bila dahi bertemu lantai dalam setiap sujud kita. Mencintai Yang Hak adalah cinta yang paling tinggi. Mencintai yang akan binasa hanya membawa ...kita membina amarah yang amat tebal. Hakikat Lauwamah, Mulhimah dan terus ke Mutmainnah adalah jaminan kekal. Yang Maha Penyayang tidak pernah berbohong pada kita, cuma kita yang sering berbohong pada diri sendiri. Berapa kalikah dalam seminggu kita menangis kerana disakiti hati oleh pasangan yang berkongsi bantal? Ini hakikat dunia.. segalanya sementara. Dan adakalanya terlalu melalaikan!


                  Bersangka baiklah pada diri sendiri, dan ahli keluarga kita. Kadang2 kita penat dengan tekanan hidup, tapi anggap saja tekanan itu seperti tekanan pada tayar kereta kita. Lebih kuat tekanan lebih laju ia bergerak. Sekali dalam hidup cadangkanlah berhimpun semua keluarga di mana2 tempat yang jauh. Anggap saja sebagai hadiah kepada diri sendiri. Semua orang ada masalah dalam hidup, tapi masalah ini seperti air laut, kalau kita lalai kita akan masuk kedalamnya dan lemas, tapi kalau kita beringat kita akan bina sampan dan gunakan laut untuk sampai ke tempat yang lain. Keluarga kita cuma ada kita, jadi berazamlah untuk jadi ketua keluarga yang terbaik!


                     Perkara cinta adalah perkara dua orang yang tak pernah selesai sehinggalah hari ke liang lahad. Suami cintakan isterinya, berjanji sehidup semati, kubur masih merah, sudah berganti di rumah dengan emak baru. Isteri berjanji abanglah bahagian paling indah dalam hidupnya, sakit saja si abang, di hospital seorang diri, atau di rumah orang tua tua. Hidup kita penuh dengan janji, namun manusia, janji dengan Allah pun selalu dilanggar inikan pula manusia. Apa yang terbaik? Jujurla...h pada diri, hidup bersama selagi berjodoh, berkelanalah seorang diri bila sudah tak sehaluan. Hidup seumpama mimpi yang panjang, mimpi segalanya indah namun hakikatnya kadang tidak tetanggung badan merasa. Mencintai seseorang adalah sesuatu yang amat indah tetapi disingkir sewaktu cinta masih utuh, seperti menghempaskan hati sendiri ke batu! Cintai Allah, Dialah Yang Maha Kekal....


Ya Tuhanku.. 
             Ajarkanlah aku sesuatu, tentang bagaimana untuk lupakannya. Ajarkanlah aku bagaimana untuk hilangkan kesannya yang berbekas didalam hati. Ajarkan aku juga bagimana untuk kembali tersenyum.Ya Tuhanku... dia pergi sejauh yang dia mahu, dan tinggalkan aku disini dalam gelap dan sepi. Yang ada hanyalah rindu dan kenangan...

Lelaki, biasanya kurang gemar wanita yang terlalu berterus terang. Lelaki gemar wanita yang beri sedikit untuk orang lain dan tinggalkan bahagian yg banyak untuk dirinya. Lelaki suka wanita yang tersenyum dan kadang kadang ketawa sambil menutup mulut. Lelaki gemar wanita yang berjalan dengan kaki yang agak tertutup. Dan paling penting, lelaki suka wanita pemalu yang agresif. Pemalu dikhalayak ramai, tapi agresif bersama suami!



        Sifat dunia. Jawatan tinggi, gaji besar. Kereta hebat, kereta idaman. Malam dinner dengan kawan2 anak org kaya, educated. Habis makan clubbing, biasa la teguk air peram yang kalau kena baju memang kena basuh dulu, bau teruk! Berjoget sampai awal pagi, semua ketawa semua gembira. Separuh sedar balik ke rumah, pagi bangun lagi, kepala rasa berat , nak muntah semua ada. Hung Over! Pergi kerja, malam ulang lagi! Makan mabuk muntah makan mabuk muntah... orang tengok kita moden, ada style.. tapi kita sendiri rasa seperti bangkai. Tak ada arah tujuan. Itulah realiti clubbing.. aku pernah ke sana.. aku tau siapa dan kenapa orang ke sana. Lagi baik pi mancing, malam happy balik rumah pun happy.. makan ikan sedap!



               Selalu baca tentang umpat mengumpat maki memaki dalam wall. Mai sini nak habaq. Fb 'Wall' ini dinamakan sempena tempat sembahyang orang Yahudi iaitu 'Tembok Meratap' atau 'Wailing Wall'. Cara sembahyang tu pi katWall tu dia marah meratap komplen dan macam2 lagi. Jadi kita pun kalau boleh mai kat wall ni kita terbalikkan! Jangan meratap, kita sembang2 untuk kebaikan, happy2 ingat mengingat. Kita orang Islam.. jangan banyak sangat merungut, tak elok. Orang nak umpat kita biar pi la.. lenguh mulut lama2 dia berhenti la, kalau dok berjawab setan la dok tengah2 jadi batu api! Kalau jawab sebab nak puaskan hati sampai mati pun tetap tak puas. Jadi dahaga ahli neraka, dahaga yang tak pernah hilang! Sama2 la no.. jangan dok meratap ... nanti jadi serupa orang nu jugak!

Andai diletakkan gps kat kasut suami atau isteri anda, agak2 la.. kat mana la dia time la ni? Tengah kerja? tengah mancing? Atau... tengah kena roti canai kat kedai adik Patani? smile emoticon



               sunyi di dalam ramai, riuh bila keseorangan. yg termampu nganga depan tv tengok astro sambil gedik2 tangan tekan wassup! Bilang cicak didinding, langut atas kipas siling berpusing.. dodoi2 mata biar mengantuk... bila terjaga awal pagi, peluk teddy bear masam, bersiap terus pergi kerja! Kahwin la cepat2... takdak calon Malaysia yg hensem, yg hidung mancung cakap pelat2 pun ramai, janji kahwin! Mana tau lahir anak nanti muka ala 2 Shah Rukh Khan! Pesanan tengahmalam untuk yg umur dah banyak tapi masih dok bilang cicak di dinding



               Fenomena buang anak. Orang pertama bakal disumpah seranah adalah ibu yang buang anak tu. Itu reaksi normal. Apa yang lebih penting dari itu? Kita ada Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKKK dan macam macam lagi. Masyarakat gemar menghukum tanpa mengambilkira usia yg sgt muda dan persekitaran social yg sangat merosakkan. Dan, biasanya sibapa yg membuntingkan anak tu akan terlepas dari hukuman! Disini saya rasa pelik kenapa sibapa yang bertanggungjawab tidak diheret ke pengadilan? Bukankah ujian DNA boleh dibuat sebagai pengesahan? Sekali lagi saya rasa kesal diatas hukuman yang nyata berat sebelah hanya kerana sistem tubuh wanita yang terpaksa menanggung benih yang di semburkan kedalamnya! Sampai bilakah ketidakadilan ini akan berterusan!



                Jgn tolong orang kalau harapkan apa2 balasan walaupun sekadar ucapan terimakasih. Perkara tolong ni tak semua orang mampu buat. Kalau rasa tak mampu jgn buat.Ikhlas ni terlalu tinggi sehinggakan diri sendiri pun x mampu tahu samada ikhlas atau tidak.



                Bila kita sayang orang.. selalunya kita ingat sangat kat dia... sampaikan kadang kadang terlupa pada diri sendiri!



               Orang ni kalau rajin pondok tu boleh nampak macam istana, tapi kalau penyegan istana pun boleh tukar jadi reban ayam!



                Tanya ikhlas, siapa disini yang anak anaknya tak ada simpanan di bank? Kalau sebulan rm10 pun mampu kot. Kalau kita boleh beli rokok sekotak RM13 sehari kenapa tak boleh simpan RM10 sebulan untuk anak2? Kalau kita boleh beli tudung lawa RM20 sehelai seminggu sekali, kenapa kita tak boleh simpan RM10 sebulan untuk anak2? Kalau tak ada.. cepat pergi buat! Marah ni... smile emoticon









                   Anak menangis siapa tahu...

                  Ayah menengking ibu dengan kuat, kadang2 di tampar untuk puaskan hati. Ibu marah, kesal lawan dengan maki hamun, dan ada juga tinggalkan ayah berbulan bulan lamanya. Si Ayah puas hati, Si Ibu pun begitu. Tapi Si Anak? Mahu ditegur ayah, takut di dimarahi, mahu ditegur ibu takut jadi derhaka. Apa boleh buat? Si Anak yg besar luahkan pada teman sebaya, mungkin pada kekasih, atau pada bapak buaya! Yang kecil? pagi2 bangun bertanya pada ayah... Ayah.. ibu tak balik lagi ke? Yang bersama Ibu juga bertanya pada Si Ibu.. "Ibu.. bila ayah nak balik?". Si Ayah dan Ibu bukan tak tahu anak itu rindu, anak itu ada dua tangan, yng sebelah kanannya dipimpin ayah dan sebelah kirinya dipimpin ibu. Anak itu mahu ke sekolah, mahu belajar. Tapi di sekolah hati berada di hutan belantara! Ingin lari jauh.. tak sanggup berada di medan perang Ayah dan Ibu! Anak itu tiada ibu atau ayah yang lain! Kalau dapat Si Ibu tiri kejam, takut dirantai diberi makanan anjing! Kalau dapat Si Ayah tiri kejam, takut diterajang di hempas ke lantai! Apa Si Anak boleh buat dengan tubuh kecil tu... menangis sehingga satu masa dia tak menangis lagi. Bila kering airmatanya dan hilang percaya pada keduanya! Kita Si Ayah dan Ibu, bangunlah malam hari, serahkan hati pada Allah. Ingatilah semua orang ada dosa. Ego jangan sampai menggadai masa depan anak anak. Marah isteri jangan sampai bertangan tangankan. Marah suami jangan sampai dipinggirkan dari rusuknya. Ingatlah... kita siapa yang mahu berdendam, sedangkan Allah sendiri bersifat Maha Pengampun!



                Dalam hidup, aku menyanjungi Aurora Borealis, yang berada dalam suhu -40C, dibahagian paling utara. Cahaya itu terlalu misteri, hanya mampu berfikir tanpa mampu menyentuhnya.Aku tahu Aurora itu ujud, ada di sana.. dan aku tak mahu memburunya lagi kerana aku tahu... dia jauh ... amat jauh... dan bukannya untukku!



               Bini lawa ni ada satu kelebihan , dia seronok ka, muncung ka marah ka, bebai ka...muka dia tetap comey! smile emoticon



               Waktu bila kita perlu emosi? Biasanya bila rasa kita dipinggirkan atau disingkirkan, memang macam2 gaya ada. Ada yg pi duduk tepi laut, ada yang naik motor angkat tayar, ada yangbaring tengah highway stail baca paper, ada juga yang menangis depan gambar di skrin komputer! Ya, sakit sedih bila dipinggir disingkir, tapi adakah itu kiamat dalam hidupmu? Mungkin kita hilang dia, tapi cuba fikirkan sesuatu, adakah dia terbaik untuk kita? Kalau dia terbaik kenapa dia tak kekal? Bersangka baiklah! Bila motor rosak, kita tak menangis, kita pi kedai repair saja. Sama la jugak bila perhubungan rosak,samada kita repair saja atau beli baru! Lekeh sangat ka kita sampai kalau orang tu singkirkan kita, kita rasa macam dunia dah kiamat? Come on la... belambak lagi peluang didepan! Takyah la dok jadi hero Sangam sangat boleh dak?



                Mungkin sudah jadi kebiasaan. Pulang ke rumah, isteri macam babu. Dialah tukang masak, tukang cuci, tukang bancuh kopi, tukang jaga anak, tukang kebun, tukang pi market, tukang jahit baju, tukang buang sampah dan kadang2 tukang urut suami! Jangan la dok banding isteri yg macam babu tu dengan anak dara kat ofis yg tak kahwin lagi. Kesian kat depa. Anak dara tu memang la elok, urat x kendor lagi, Memang la segak semuanya, mak hang kat rumah tu dah jadi macam Astro, satu TV semua channel ada! Kadang2 main dgn anak kecik lagi, nak jogging pun xdan. Nak jogging macamana dengan yg dukung yg nk kena pimpin lagi? Biaq pi la tembam sikit pun, yg tembam tu la dok jadi babu tak bergaji dalam rumah kita. Kalau nak juga badan mak hang tu macam anak dara kat ofis jugak, kena la ganti sat kerja2 dia, bagi chance dia pi jogging! smile emoticon Takut xdan setengah jam terlondeh kain habih dok ligan anak anak!



                   Bila kita tiada kedudukan , kita akan kenal siapa saudara kita, bila kita tiada wang ringgit, kita akan kenal siapa sahabat kita dan bila kita tiada wajah yang cantik dan tubuh yang menawan kita akan benar2 mengenali siapakah yang benar benar ikhlas menyayangi kita!

Hidup bukan bergerak ke belakang. Kadang2 kita terlalu banyak habiskan masa untuk bernostalgia. Teringat wakru cantik waktu kurus. Di depan kita ada cabaran yg sgt besar.. mana lebih penting? Kita dulu yg kurus cantik atau kita akan datang yg semakin tua dan lemah? Utamakan kesihatan dan kemudiannya kecantikan!



               Wanita cantik sukar menemui org yg jujur sayangkannya.. terselindung antara rasa sayang atau rasa ingin memiliki



                  Bukan semua ayah ayah kita kerja di pejabat air cond atau sekurang kurang nya dalam kawasan tertutup. Banyak ayah yang tak pandai sebut, ayah sayang kamu! Tapi ayah adalah orang yang bila anak perlukan sesuatu, dalam sakit dalam demam, dia tak akan bersungut. Dia cuma gagahkan diri dan makan apa saja yang dia fikir boleh mengurangkan kesakitannya. Tapi berapa kali dalam hidup kita, kita balik ke rumah dan bagi dia satu hadiah walaupun murah, tanda berterimakasih atas pengorbanannya membesarkan kita? Ayah yang biasa, ayah yang tidak pandai meminta minta.. tapi anak yang luarbiasa adalah anak yang boleh memberi tanpa dipinta!



                   Hidup kita ada banyak ruang kosong. Bila kosong kita isi dengan macam macam. Yang paling teruk kita isi dengan cinta sesama makhluk. Itu perkara palsu, manusia ni x macam pokok kayu, sangat pandai bermuka muka dan menipu. Bila segalanya tak seperti skrip yg kita mahukan, kita kecewa, kita cuba merancang takdir sendiri. Saya terpaksa melihat dari sudut yang lain. Si bapa inginkan kesempurnaan dari siibu, si ibu ingin si bapa yang ada sentuhan emas Midas! Ada yg bila kecewa diisi dengan arak, dengan dadah. Yang wanitanya diisi dengan aktif dikelab sosial arak dan bertukar pasangan. Siapa jadi mangsa? Biasanya anak anak kecil, dan atok dan nenek sebagai insuran. Saya biasa di kelab2, biasa juga kawasan2 gelandangan. Simpati yang teramat sangat bila lihat mata si anak kecil yang begitu mengharapkan kasih si ayah dan perhatian dari siibu. Kemudiannya saya ke Rumah Perlindungan Kanak Kanak, dan saya mula memahami, di sana ujud ramai insan berhati mulia. Dan kini, saya banyak memahami.. kita terlalu banyak membazir dan kedekut. Membazir rezeki dengan perbelanjaan yang tak perlu dan kedekut untuk membantu anak anak kecil ini. Cuba kita renung wajah anak ini yang fasih mengaji AlQuran! Salah apa dia harus berada disitu? Seorang Hamba Allah menderma bekas2 air, dan saya edarkan kepada mereka. Alhamdulillah, walaupun nilainya tak tinggi tapi cukup untuk membuatkan dia tersenyum! Dan kita masih lagi menuding nuding jari ke arah orang itu dan orang ini..



                   Dalam banyak kes yang saya jumpa, wanita lebih menyayangi keluarga dan anak anak. Dari kes2 perceraian yang saya lihat, ramai wanita terperangkap dari segi ekonomi. Puncanya adalah, keperluan mendesak untuk sarahidup anak2 yg salah satunya berpunca dari kelewatan proses perceraian. Biasanya si ibulah yg terpaksa bergolok bergadai untuk besarkan anak2, sementara si bapa lebih banyak berusaha mencari isteri baru! Ada satu kes seorang janda terpaksa bertarung utk mendapatkan haknya sebagai janda selama 9 tahun! Dan apabila kesnya selesai, dia sudahpun menjadi nenek! Dan bekas suaminya sudahpun berkahwin lain. Dan puan2 jangan kata saya berat sebelah ya, kadang2 saya bagi pendapat tu salah satunya untuk mengurangkan punca2 perceraian. kesian kat mangsa



                     Bagi yg punyai isteri genit dan manis agak mudah utk berpegangan tangan di khalayak awam.. tapi tidak bagi yang agak berisi memang jarang sangat atau x pernah jumpa!


                Apabila kita ditinggalkan seseorang.. anggap saja dia telah pergi seperti mimpi semalam yg tak akan berulang lagi. Teruskan hidup!



                  Gossip, kosmetik, butik... tiga perkara wajib untuk dipelajari oleh seorang suami! Hehe



                    Satu masa kita rasa kita dah lakukan segala yang terbaik untuk dia, tapi dia masih nak tinggalkan kita. Adakah ini yang dikatakan jodoh?



                      Kita lihat abang sado, apakah hatinya sesado tubuhnya? Lihat pulak aweks jelita cam Ku Puteh, tapi adakah akhlaknya juga sejelita wajahnya?

Aku hairan, pada sesetengah manusia yang ada terlalu banyak masa untuk mengambil tahu hal orang itu tidak pergi ke masjid, anak orang itu tidak menutup aurat, ada orang itu tidak tahu mengenai hukum hakam agama. Sedangkan masa 24 jam sehari pun kita rasa tak mencukupi untuk membetulkan diri sendiri dan anak2 sendiri. Mungkin sebab ni lah, yg banyak terjadi, si bapa sibuk mencari aurat anak dara orang, walhal anak teruna sendiri pun keluar masuk lokap macam pergi bercuti!



                       Hidup bersama dua orang bukan perkara mudah. Semua orang ada mimpinya sendiri. Tapi seringkali.. apabila akad nikah dilafazkan, disitulah bermulanya kisah hidup yang penuh teka teki. Ada yang hidupnya indah, disuap, dibelai malahan dikendong seperti anak kecil. Ada pulak yang sebaliknya, habis manis sepah dibuang. Tinggallah dia seperti ditelan mati emak diluah mati bapak. Hendak diteruskan, Jasad dan jiwa meronta merana, hendak disingkirkan itu cinta yang dipilih sendiri! Akhirnya derita demi derita, ditelan di lupakan.. dan sampai satu masa apabila empangan sabar retak dan pecah, terhamburlah segala buruk dan lara untuk tatapan masyarakat. Ini perkara sukar dalam hidup, tapi kita hanya manusia. yang mampu merancang, berkompang berqasidah, dengan harapan gerbang itu bakal membawa menuju ke mahligai, bukannya menuju ke neraka!



                      Andai kita sekadar mahu membantu atau sekadar menjadikan dia sebagai tirai untuk menutup luka masa lalu, jangan bagi harapan pada dia langsung. Mungkin kita hanya akan lebih melukakan hati kita sendiri atau terus membunuh peluang si dia untuk menemui seseorang yang lebih baik!



                       Dalam hidup ada tiga perkara paling penting.. Perkara pertama sesuatu yang kita perlu ceritakan pada semua orang. Perkara kedua yang kita hanya boleh bercerita dengan orang orang tertentu sahaja dan paling penting perkara ketiga adalah tentang sesuatu yang kita langsung tak boleh bercerita kepada sesiapa saja!



                      Apa perasaan kakak kakak andainya abang2 secara tiba tiba bertukar corak. Dari long sleeve ke tshirt ada tulisan, dan jeans dari kaler malap ke kaler terang, dari pakai lebai ke salon buat haircut. Cakap dalam phone pun ber i u !, Pastu kalau keluar rumah pun selalu off phone atau tak jawab call.Ajak saja makan kat rumah pun, selalu jawab kenyang dah. Bila tanya saja, takda jawapan atau jawab endah tak endah... pernah dak alami macam ni?



                     Bolehkah kita hidup dengan tanpa rasa sayang pada sesiapa? Mungkin boleh kalau kita boleh berjalan pakai topi dikaki dan kasut di kepala!



                      Seorang doktor bila dia sakit, dia perlukan doktor lain untuk merawatnya. Begitu juga dengan orang putus cinta, waktu putus tu pandai saja nasihat orang, tapi waktu kena diri sendiri, kawan kawan la jugak yang dia cari untuk pinjam bahu! Yg lelaki tu x pa la boleh la jugak tumpang2 bahu adik kedai.............. smile emoticon



                   Amboi.. depa kata asyik2 wanita saja yg kena! Tak la kenakan sapa pun, cuma sharing saja. Okla.. untuk lelaki ni, nak share satu saja. Sebelum nak kena beli viagra ka , tongkat Ali ka, kot2 nak menikah lagi sorang ka.. sementara muda amalkan dua perkara, bila kencing, masa duduk.. halakan Angry Bird tu ke ibu jari kaki kiri.. , dan yang kedua semasa makan, jangan berulam air.. maksudnya makan dulu.. lepas 5 minit baru minum air. Insyaallah.. nanti kalau tua pun.. muka nampak cam 62 tapi tenaga macam 26! Amalan orang tua tua ni.. smile emoticon


                  Pernah pakai seluar pendek ala2 K Pop bila berada di rumah bersama suami? Kalau x pernah cuba pakai! Mesti suami x jadi pi kena teh terik kedai adik pattan! Hehe

Impian orang miskin ingin jadi kaya, impian orang biasa ingin jadi cantik, impian orang ada isteri biasa biasa dan isteri yang trampil dan menarik. Menjadi trampil dan menarik x susah, kalau badan 64kg, jadikanlah dia 46 kg, kalau ada jerawat2 liar, gunalah kollagen dan pastikan tidur tu cukup. Dan kalau kulit tu x berapa cerah x mengapa, gunakanlah krim pelembap dan pencerah. Asalkan tone kulit tu lebih sekata, pasti akan nampak menarik. Dan perubahan drastik ini dah banyak berlaku kepada ramai wanita hasil ketekunan dan kesabaran. Suami pun dari segan nak pegang tangan bini, dah tukar kalau boleh bukan takat nak pegang tapi nak dukung terus! Kalau dulu bos tempat kerja panggil suruh beli kuih, tapi kini dah panggil ajak teman shopping! Saya seorang lelaki, suami dan ayah, di sini saya nak ajak tuan2 puan2, jomlah bersado untuk lelaki, dan jomlah menjadi cantik untuk wanita. Kalau pun x nampak cam artis, sekurang kurangnya kita x nampak macam bakal kena diabetes! Jom..!


                      Cabaran hidup pasti ujud bagi setiap orang. Cuma mungkin caranya sahaja berbeza. Adakala kita kuat, adakalanya kita bosan. Menyuruh orang bersabar itu perkara mudah berbanding kita sendiri yang berusaha untuk bersabar. Tak ada jalan. Selagi kita bernafas, cabaran itu akan ujud juga. Jangan cari syurga didunia. Tak ujud! Apa perlu buat untuk amankan hati sendiri?Bangun pagi, solatdan berdoa, dan di awal pagi.. katakan pada diri sendiri, Aku juga punya Tuhan, dan aku pasti Tuhanku pasti mendengar permintaanku!

Apa yang kamu mampu lakukan bila kamu benar2 rindukan seseorang dan kamu juga tahu yang waktu itu dia sedang bahagia dengan seseorang!



                     Kaedah paling klasik untuk kelihatan hebat adalah menjaja keburukan orang lain. Stail lama sangat dah tu.. Ada ka rakan2 disini yg suka buat perangai macam tu?

Ujudkah pengorbanan yang lebih hebat dari pengorbanan seorang wanita bekerja yang berhenti kerja semata mata untuk memberi tumpuan kepada membesarkan dan mendidik anak anak?



                       Berapa orang yang pernah terima hadiah tudung/shawl/kerudung/niqab dari suami ?



                       Hidup bukan untuk disesali. Lakukan apa yg terdaya dengan kemampuan yg ada dengan cara yg terbaik.



                         Wanita sensitif ni cute.. tapi tu la x larat nk pujuk smile emoticon

Cinta dunia itu berada di bahagian rusuk lelaki dan di atas ribaaan seorang wanita. Seorang lelaki boleh rasa buatkan isterinya rasa bahagia dengan menidurkannya diatas rusuk kirinya, dan seorang wanita mampu melenyapkan rasa sepi seorang suami dengan menidurkannya diatas ribaannya.



                       Orang yang paling rindukan kita adalah orang yang kita ada hutang dgn dia

Mungkin ada waktu tertentu, kita rasa terlalu rindukan seseorang, tapi masalahnya kita sendiri pun x tahu siapa yg kita sgt2 rindukan tu! Siapa ya



                     Saya sebenarnya sedang berurusan dgn satu golongan yang sangat berkuasa. 65% kalau x silap pelajar universiti awam adalah wanita! Undi wanita dalam PRU pula melebihi setengah dari jumlah pengundi. Dan lebih dari itu, setiap hari yg basuh baju saya, yg bagi makan anak2 saya adalah wanita. Jadi .. bukan senang nak jadi NanHasan, berkerut dahi nak fikirkan ayat2 indah yang tak melukakan hati wanita2 semua! Baik macamanapun ada khilaf.. insyaallah saya akan belajar dari itu.



                      Sesuatu tentang perbezaan pendapat. Saya menyokong perbezaan pendapat. Berdasarkan sebuah hadis yang membawa maksud ' Berpeganglah kepada satu pendapat, akan mendapat satu kebaikan, dan jikalau pendapat itu benar, akan mendapat lagi satu kebaikan'. Tiada apa2 yang salah tentang ini. Cuma.. cadangan saya, janganlah sampai meutuskan silaturrahim. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula rakan fb!



                         Nak cari orang yang boleh hargai kita, boleh terima boroi ka, hitam ka, boleh jugak terima naik moto buruk ka, pakai selipar ka. Ada ka camtu? Tapi nak yg segak la cam cek ta... smile emoticon Jgn marah no... melawak dalam jerebu!



                           Jarang sangat kalau seorang wanita tu, kalau berjumpa seorang bayi kecil, dia tak dukong, tak cium! Inilah istimewanya wanita yang tak ada pada pondan. Naluri keibuan!



                          Dalam sebuah rumahtangga yang bahagia, kebahagian sebenar itu lahir dari seorang isteri yang sangat berusaha menjadi ibu yang penyabar dan dari seorang suami yang yang bercita cita menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab.



                            Apa yang suami harapkan dari seorang isteri tetapi akhirnya dipendamkan begitu saja.. ?



                          Wahai isteriku, aku bukanlah berkahwin dengan wanita tercantik tapi sekurang kurangnya sempurnakanlah bentuk tubuhmu agar aku mampu mengendongmu pada bila bila masa aku suka.



                          Wahai buah hatiku, peliharakanlah kulitmu dari di hinggap jerawat atau kudis kudis supaya aku merasa gembira bila menyentuh dan memelukmu!



                         Wahai kesayanganku, singkirkanlah bau bau kurang enak itu agar aku merasa terus bersemangat bila ingin 'bersamamu'.



                        Wahai cinta hatiku, ucapkanlah perkataan yang baik baik walaupun pada ketika kamu sedang marah.. dan...

 Wahai teman hidupku, janganlah kamu meminta dariku apa apa saja yang aku tak mampu sediakan untuk kamu!


                         Situasi: Isteri terlajak laris! Fb Friend Full, Kalau jalan kat luar ramai yang nak ajak bersembang. Selalu orang puji cam anak dara! Suami makan hati! Tak komplen, hati makin membengkak, terlebih komplen, takut lari pulak! Dunia cyber + dunia SKII + dunia camera 360, suami pening kepala!



                     Adakah kecantikan dan kelangsingan seorang isteri itu penting bg suami? Pada saya.. Ya! Sangat penting



                     Boleh saja kamu sayangkan siapa saja yang kamu mahu, tapi samasekali tak boleh sakiti hati sesiapa saja yang kamu dah tak mahukannya lagi!



                       Jangan menyindir orang berbadan montel, dia tak salah apa pada kita, tapi kita sudah menyakiti hati dia. Dan mungkin salah seorang yang berbadan montel itu adalah ibu kita sendiri! Mau sakiti hati ibu sendiri?



                         Isteri cemburu, susah jugak kadang2 maklum la alaf millenium ni segalanya dah jadi dekat dan rapat! Tapi apa jadi kalau isteri tak cemburu? Balik rumah lipstick penuh baju, isteri ambik baju..basuh dan buat taktau saja. Duduk dalam rumah gayut dengan perempuan lain, isteri dok lepak tengok TV cam xdak apa yg belaku pun. Bawa perempuan balik, isteri sedia kopi pulak dan terus keluar shopping sebab bagi line utk berdua duaan! Mungkin kalau macam tu, belum dua bulan suami jadi macam kucing makan tomato! Dalam cemburu tu ada sayang, dan kalau isteri tu langsung tak cemburu, dari mana nak rasa nikmat sayang tu? Mahu ka isteri tengok kita macam kita tengok Bangla dok bancuh simen saja.. x ada perasaan! Fahamilah satu perkara, bila isteri dingin pada kita sebagai suami, itu maknanya kita sudah hilang satu perkara yang paling indah dalam perkahwinan! Bolehkah makan makanan tanpa garam? Cemburu itu seperti garam dalam masakan, sedikit menambah lazat, tapi kalau terlalu banyak.. menjadi azab!



                        Kawan2 mungkin seminggu sekali berjumpa, dan adakala berselisih faham juga. Inikan pula suami atau isteri sendiri yang setiap hari kita bersama sama dengannya. Marah, terasa hati, cemburu, meluat... semuanya ada! Tapi nak buat macamana.. kalau berenggang rasa rindu pulak, rasa sunyi pulak. Semuanya serba tak kena! Tapi itulah nikmat perkahwinan. Kita ada orang yang kita boleh sentuh dia secara halal, boleh cubit pipi dia waktu kita marah, boleh tarik hidung dia waktu kita meluat, juga boleh tampar tangan dia waktu dia taip nama orang lain kat skrin laptopnya! Dan paling kita perlukan, waktu kawan2 marah kita, atau bos jeling kita sebab silap buat kerja.. kita ada bahu untuk bersandar! Tapi kalau tak kahwin nak sandar kat mana? Boleh saja marah, meluat atau benci.. tapi lakukanlah kerana niat kita untuk kekalkan hubungan sehingga ke nafas yang terakhir!



                         Sebanyak manakah kita perlu cemburu? Andai kita lihat seseorang menyuap makanan ke mulut suami kita, bolehkah bersangka baik, mungkin dia seorang pekerja di ofis suamiku sedang meraikan satu perkara baik berkaitan urusan pejabat! Boleh kan gitu?



                         Ada waktunya kita tahu apa yang orang mahukan, ada waktu lain kita tidak tahu apa yang dia mahukan dari kita, dan ada waktu yang istimewa kita sendiri tak tahu apakah yang sebenarnya kita mahukan dari dia!



                         Apabila seorang lelaki mencintai seorang wanita, dia akan kerahkan segala tenaga yang ada untuk membuktikan cintanya, tetapi apabila seorang wanita mencintai seorang lelaki, dia pasti akan mengorbankan segala galanya demi untuk menyempurnakannya!



                           Petua untuk menguji tahap cemburu isteri. Belikan satu teddy bear yg agak besar. Yg murah dah la. Pastu ambik marker tulis nama perempuan kat teddy bear tu, Bubuh la Farah ka Lina ka. Pastu bila tidur malam, bubuh teddy bear kat tengah2. Buat2 lena sambil peluk teddy bear, kalau takdak respons jugak, buat buat jatuh katil tidur bawah sambil peluk teddy bear tu. Kalau takdak jugak buat2 mengigau tidur atas sofa sambil pelok teddy bear tu jugak! Kalau sampai pagi pun isteri buat tak tau, maknanya isteri tuan tu memang jenis payah cemburu! Selamat mencuba!



                            Isteri gaji sebulan 6k, suami pulak sebulan 1.5k! Berapa agaknya nak bagi nafkah kat isteri ya? Tolak sewa rumah, tolak duit belanja dapur.. tinggallah habuan nak minum teh tarik kedai adik Pattani! Patut la ramai kat kedai tu! Isteri pulak busy pi shopping! Suami dok minum teh tarik saja.. airmata berlinang...! Kesian.....


                             Benarkah isteri yg lebih tua dari suami lebih pintar memanjakan suami berbanding isteri yg lebih muda?



                           Terbalik Kuang? Apa tu? Istilah yang biasanya digunakan untuk lelaki yang lewat umur baru nak bercinta. Masa muda muda skema habis dengan lebai atas kepala tak pernah buang. Masuk saja umur isteri nak tarik handbrake, mula la jeans ketat, baju pun ada tema, denga kasut sarung. Mesej pun sayang sayang, Kereta pun tukar cat bubuh kaler terang2. Makan pun dah mula lepak kat bistro, tak tak kena gaya, disko tu orang ingat dia pak guard pasal awal sangat sampai! Paling ketara, dah mula nak pakai bangel, rambut pun boh dye hitam, dan ciri ciri biasa? Suka outing! Pantang member ajak! Sanggup naik motor sampai ke Phuket nu! Kebas punggung! Walhalnya surau tempat orang baca kitab yang 3 minit pakai motor pun tak pernah sampai! Ada banyak lagi... Tak kata sapa la,. kita sendiri pun kadang2 dok tersembang dengan hak muda2 ni terlupa jugak kat kepala tu dah lebih putih dari yg hitam! smile emoticon



                      Sebelum kahwin tidur peluk bantal, airmata saja kat bantal tu teringat boyfriend. Kahwin saja, satu bulan pertama, tak dan pukul sembilan suami ajak masuk tidur dah! Lepas setahun naik sikit pukul sebelas. Lepas 5 tahun kadang2 pukul 12 kadang2 pukul 3 pagi! Terlajak bersembang! Masuk saja 10 tahun, dalam seminggu 4 hari balik rumah! Lagi 3 hari? Rumah bini muda!



                         Benarkan aku pergi jauh, sejauh mungkin dari hidupmu.. agar aku mampu berdiri semula dari sebuah kegagalan. Bukan gagal untuk memiliki kamu, tapi gagal memiliki kembali hati sendiri. Kamu sampai bila bila pun tak akan mampu memahami tentang, betapa rindu itu benar, rindu yang tak pernah dijemput itu. Kamu tidak pernah tahu yang kamulah insan terbaik yang pernah aku bertemu untuk disayangi. Tapi langit mendung tak bererti hujan yang menyusul, tewas pada takdir. Segalanya hanyalah kisah lalu, aku terpaksa akur, terpaksa redha pada ketentuan yang ada. Usah kamu membilang berapa kali aku harus berhenti dari melalui jejak jejak sewaktu kita bersama. Segalanya hanya garis garis luka yang adakalanya berdarah kembali. Sungguh,ianya teramat sukar, sesuatu yang paling payah untuk dilakukan... melupakanmu..... selamat tinggal sayang... dari sebuah rindu yang entah bila akan berakhir!

Orang pintar selalu melihat kebaikan orang, dan orang bodoh sombong sering menilai kelebihan diri sendiri!



                           Rasa rindu itu adalah kesakitan yang tak pernah di rancang. Sepintar mana pun kita berjaya sembunyikan, tetap kita tak dapat menipu seseorang! Diri kita sendiri..

Hidup kita seperti sayembara yang tak berkesudahan. Waktu kecil kita bersaing dgn kawan, bila dewasa bersaing dengan insan lain untuk mencari pasangan. Bila sudah berusia, kita bersaing pula dengan yang lebih muda. Dan bila sudah tua, berhadapan pula dengan situasi kesihatan yang semakin merosot. Waktu bila kita akan berehat? Setelah segala galanya selesai, dan kita sudahpun tidak lagi berada di dunia sementara ini!



                        Suami sekali pandang cam Aaron Aziz, isteri pun x kalah jugak, Emma Maembong! Dilema isteri bersuami kacak, idaman ramai wanita dan suami beristeri cantik!Cam anak dara lagi! Dalam suasana kerja tertutup, hubungan intim pasti ujud samada sebagai rakan kerja, rakan meluahkan perasaan atau? Rakan pinjam bahu....! Ini paling ditakuti sekali. Kadar perceraian semakin meningkat dan perhubungan semakin mudah! Cabaran alaf baru yang sangat merimaskan. Ada yang terperangkap?



                         tengok che ta umor 40 lebih pun selamba saja reshape badan cam anak dara balik! hmm.. xleh ka buat camtu gak? smile emoticon hehe lari...!



                         Seorang doktor pernah bercerita pada saya tentang dua perkara yg mengurangkan kecantikan wanita yg dah ada anak. Pertama nasi, badan kita hanya perlukan tidak lebih dari 200gm nasi pada setiapkali makan. yg paling baik cuma sekali saja sehari makan nasi. Bila makan lebih lemak akan terkumpul, kebanyakannya dibahagian perut. bila makan nasi lebih lemak ini akan terus disimpan tanpa digunakan. Macam store lemak. Jadi kata doktor tu, kurangkan makan nasi, amalkan makanan seimbang. Tapi nak kurang macamana kalau pagi2 pun dah kena nasi lemak? payah juga kan. Yg kedua tu apa? Daging Kerbau! nanti saya sambung yg tu



                            Bila bercakap, janganlah bercakap dengan nada seolah olah kita adalah ahli syurga.. bercakaplah dengan sifat merendah diri, mengharapkan keampunan. Kadang2 orang suka dengar sebab ada nasihat dalam tu, tapi kadang2 orang boleh jadi meluat bila yg betul semua kita, yang salah semua orang!



                               Bangun pagi, lihat embun dihujung rumput.. Itulah kehidupan kita. Dulu tempat kita tinggal ini ada manusia lain yang berada disini. Mereka dah pergi, digantikan dengan kita, dan nanti kita juga akan pergi dan digantikan dengan orang lain. Jadi, berbaloikah hidup singkat ini kita isi dengan marah dan benci? Bangunlah... nikmati apa yang ada.. sayangi sesiapa yang yang patut disayang. Masa bukan panjang, tak sepatutnya disia siakan hanya untuk meratapi seorang insan yang meninggalkan kita. Tidak ada syurga di bumi. Yang ada hanyalah usia kita.. yang seperti juga embun itu.. bakal gugur bila saja mentari menjelma!



                             Sampai mana kita akan rasa derita, rasa marah, benci? Sehingga kita menemui sabar.Sabar seperti bius yang membuang segala kesakitan yang ada. Tapi di mana sabar itu? Memang sangat susah menemuinya.. Ada orang yang bertuah, dan ada yang tidak. Bila hati sudah kebas, sudah tak merasai apa apa, saat itu kita sudah menemui sabar! Tapi untuk apa? tanpa rasa sakit, sihat tidak memberi makna apa apa. tak ada sesiapa mampu memberitahu kita, adakah kita miliki sabar itu kecuali diri kita sendiri. Pejamkan mata.. andai kamu lihat kesakitan dan kamu tak merasai apa apa.. sabar itu sudah terlalu dekat!



                               Bohong kalau orang berpisah tak merasa sedih, bohong kalau orang bersedih itu tidak gelisah. Bohong kalau waktu gelisah itu ia tidak ingin bersendirian.. sekadar ingin lari dari orang lain melihat wajahnya yang sudah tak punyai kekuatan lagi. Larilah.. tapi kembalilah sebaik saja kamu mampu tersenyum kembali...



                              Kalau lelaki tidak menangis, ke mana pergi airmatanya?



                            Apa yang boleh kita harapkan dari pasangan masing2? Tak susah! Jangan harapkan apa2, biar segalanya begitu. Mengharap itu ini, satu hari pasti kecewa. Andai bahagia, bahagialah, andai tidak lakukan penyesuaian. Andai tak berjaya jugak, perpisahan jalan terbaik. Berpisah cara selembut yang boleh. Jangan sampai anak2 hilang ayah atau mak. Semua orang harapkan yang terbaik dari sebuah perkahwinan. tapi apa hak kita? Segalanya kabur sebelum saat akadnikah. Manis waktu bercinta bukan ukuran langsung! Tangan yg membelai sebelum bercinta juga boleh jadi tangan yang akan menyakiti selepas akad nikah! Jangan harapkan apa apa yang besar. Cukuplah sekadar seorang teman, ayah atau ibu kepada anak anak kita, dan selain itu, biarlah rezeki kita yang tentukan.. bahagia atau derita.. atau.. selamat tinggal!


                               Tak perlu takut bini, hormat. Kalau gajah diikat pada kaki, kalau kerbau pada hidungnya... Kalau isteri garang, ikatlah pada syariat rumahtangga. Apa tu? Ajarkan dia tentang akhlak isteri isteri Rasulullah yang baik. Ceritakan tentang bagaimana seorang isteri itu begitu dicintai suaminya. Belikan dia hadiah2 kecil tanda penghargaan. Sejukkan hati dia dengan perdengarkan surah2 untuk hati. Insyaallah.. boleh. Kalau tak boleh jugak? Berpisah lebih baik. Rasulullah. s.a.w sendiri pun pernah menceraikan salah seorang isteri baginda. Tak masuk syurga suami dayus.



                                 Mohon la, bukan nak cakap politik. Hentikan la troll gambar Mat Sabu dengan rakan Tionghua kita. Bukan Bang Mat yg pegang depa, depa mai nak bergambar, lagi pulak depa bukan Islam, perkara tu x menjadi masalah pun bagi depa. Kalau orang pegang kita salah, saya nak tanya Pak2 Lebai Koliap ni dua soalan mudah. Pertama, tuan tepis dak kalau seorang nurse mai cucuk atau jahit luka kita? Kedua Pak2 Lebai Koliap faham dak troll gambar yang mendatangkan fitnah itu satu dosa yang teramat amat besar! Sayang la ketayap putih tu, dahi bertompok rajin sembahyang, tapi hati penuh maksiat. Jom.. sama sama betulkan diri sendiri dulu.



                                  Suami tempat bermanja. Berapa orang yang bertuah punyai suami penyayang? Pulang rumah ada masa terluang, mengurut badan isteri yang penat bekerja. Betulkan mana2 hiasan pokok bunga yang nampak sumbang. Untung lagi kalau yang buat mainan sendiri bagi anak anak, tak kena modal tapi pasti jadi ingatan. Dan berapa orang suami sanggup jadi tukang pedicure, manicure untuk isteri tersayang walaupun tak sempurna! Yang penting sentuhan itu, sentuhan kasihsayang seorang suami. Biar suami keluar rumah 2 jam saja, di sini isteri dah start keluh kesah, rindu! Berbaloi la dengan penat lelah isteri berhias diri, makan ubat kelat, naik turun tangga dan urus rumahntangga dengan sempurna. Tapi ujudkah suami yang macam ni lagi ya? Yang urut dagu kat kedai adik Patani mungkin banyak la.. smile emoticon Melawak no... smile emoticon



                              Nak jemput la, mana2 rakan2 yang mai Langkawi, tak semestinya ambik pakej ka apa, call saja boleh duduk sembang minum teh. Satu perkara yg sangat berfaedah tanpa mengeluarkan modal adalah membina silaturrahim. Saya bukan orang kaya, sado atau K-Pop, tapi takat nak belanja teh tarik lepas la.. kedai Pattani tu pun, adik2 tu kenai sangat dah. Sedap tomyam depa.. ni dah ajak, call la nanti kata tak ajak pulak. Cuti sekolah dekat dah

Tanda Ingatan



                              Ayah pulang ke rumah, hati suka bercampur gembira. Ada jualan murah. Ayah ambik sehelai kain tudung yang agak mahal. Bukan harijadi siapa siapa, cuma hendak lengkapkan pemberian dulu. Dulu ayah beli baju kurung biru, mama kata cantik kalau ada tudung berwarna putih biru. Ayah nampak tudung tu cantik, macam sesuai. Terus beli.

 Sampai di rumah ayah, panggil mama, senyum meleret bagi tudung tu, mama terkejut, sebab cantik sangat! Tapi wajah mama berubah bila ayah suruh cuba dengan baju kurung yang dibelinya bulan lepas. Ayah terkejut? Kenapa?

 Mama tak mahu pakai baju kurung tu!

 Ayah macam kecewa, mungkin ayah rasa ayah tak pandai pilih.

 Tak apa.. ayah masuk ke dalam, makan nasi.

 Waktu tidur, mama lihat ayah sugul, mama pulak tak sampai hati nak bagitahu ayah. Akhirnya mama cakap jugak!

 Ayah agak terkejut, kemudiannya tersenyum saja, tak marah lagi!

 Mama bagitahu rahsia baju kurung biru!

 Berat mama sudah naik 5 kilo sejak baju tu dibeli, dan sekarang mama cuba mampu pakai kain saja, bajunya pula sangkut kat lengan! Dah jadi sarung nangka!

 Ayah tidur gembira, esoknya keduanya ke kekedai.. beli baju kurung biru dengan saiz yang baru!


                        suami isteri bershopping, balik rumah dua dua merajuk! Suami merajuk isteri banyak sangat jeling barang2 cantik di dalam kedai!Dan isteri? merajuk jugak sebab suami banyak jeling jurujual cantik juga di dalam kedai! Abih tu camana ya? smile emoticon

Aku lelaki biasa,

 Berapa kali kamu jatuh cinta?

 Lupa!

 Kenapa lupa?

 Kerana setiap kali terpandang yg jelita,

 pastinya hatiku berdegup!

 Bukankah degupan itu tandanya cinta!


                        Kerugian paling besar dalam hidup adalah apabila kita membuat kesilapan tapi kita tak pernah belajar apa2 pun dari kesilapan tu


                        Bila kita bersama sama seseorang, dia boleh buatkan kita rasa tua atau muda. Dia baru berumur 25 tahun, tapi mungkin punyai bebelan seusia 52 tahun! Atau dia berusia 52 tahun tapi punyai ciuman sehangat usia 25 tahun! Atau suami muda 25 tahun yang sudah malu memegang tangan isterinya, tapi pakcik tua 52 tahun yang sentiasa memegang tangan isterinya walaupun sekadar untuk melintas jalan! Percayalah, 'age is just a number!', if u make it young it will be young, it you make it old you are going to be the oldest couple in the world at 25 years old!



                        Kita lebih memahami seseorang sewaktu kehilangannya berbanding sewaktu kita bersamanya,


                         Aku percaya kebanyakan orang berkahwin atas dasar ingin memiliki, bukan atas dasar ingin berkongsi. I m yours, u r mine! Ini konsep yg sgt membebankan. Bermakna kita mengganggap dia seperti barang2 dan dia menganggap kita juga begitu! Stop it! Kita manusia.. hormatilah sesama sendiri sebagai seorang manusia. Bukan teddy bear!



                           Minyak yg paling berkesan utk buat suami lebih sayang. Minyak masak! Masak sedap2 pi mana pun dok teringat situ la kat isteri tersayang!



                            Selalunya sebelum kahwin orang lelaki ni dia ingat macam ni la.. Tak apa lah tak pandai masak pun tak apa! Janji lawa!, Bila dah kahwin, balik balik rumah.. makan sama rasa cam kedai Pattani jugak, sebulan dua tak apa lagi masuk 3 tahun, tau2 dah menikah sorang lagi dengan adik dok kerja kedai Pattani tu, pasai hari hari dok makan masakan dia! Jatuh hati kat nasi patprik!



                             Dok makan di kedai patani dgn orang rumah.. sekali mai sebelah meja muka cam awek lama. Bukan nasi saja habis makan dengan batang serai, cabai, halia semua sekali dlm tak sedar masuk dalam perut! Bahaya kalau dok ingat kenangan lama ni.

Hantaran belas belas ribu, kenduri 3 ekor lembu tumbang. Jemputan ribu ribu sampai menteri pun mai. Satu kampung dua hari tak masak nasi. tukang mekap saja dua orang, baju toksah kira la meleret habis sampai atas rumput. Silat Pulut pun apa lagi, terbalik meja salah landing punyai pasai. Meriah sungguh! Habih kenduri semua pakat balik habis, tinggal la dua orang. Suami pun dah ada isteri, tunggu nganga la nak makan nasi tengahari masakan isteri tersayang! Siap makanan, laju saja pi.. Duduk saja di meja, aik? cam kenal saja lauk ni? Lauk kenduri campur dengan gulai kedai mamak, ada la satu yg original baru masak! Telur goreng.. tapi? Hangit! Senyum tak senyum, suami pun makan saja, telan tak berapa nak masuk dah! Dok teringat ke telur goreng hangit! Pakai makan kedai Patani la aku lepas ni! Kisah benar selepas kenduri, xdan nak belajar masak.. masa bercinta kalut dgn wassup! Hehe

Isteri yg cantik suka dapur yang cantik dan up to date,makanan beli kedai mamak jugak! tapi isteri yang penyayang suka berada di dapur dan masak makanan yang sedap, tapi masalahnya? Suami pulak suka makan kat kedai adik Patani pulak! Payah! Semua tak kena jugak!



                                Komen tu komen jugak, nasi di dapur tu jangan la pulak dok buat lupa, sat lagi nasi jadi bubur, gulai jadi serunding pulak! smile emoticon Jenuh la cik suami nak kena makan kedai adik Patani lagi!



                              Ada tak sapa2 kat sini yg setiap hari pasti suami cium dia paling sikit pun sekali. Rasanya tak ada kot



                           Suami pemarah? Isteri pemarah? Bagaimana?



                           Kalau suami, ada satu perkara isteri jangan buat, jangan cabar suami sewaktu suami dalam keadaan marah. Itu boleh membawa kepada naik tangan. Sebaiknya bersikap biasa, dan doa dalam hati, " Wahai Zat yang membolak balikkan hati manusia, aku mohon pertolongan dariMu, damaikanlah hati hati kami yang bertelingkah ini ". Kemudiannya cubalah berbincang sebagai seorang sahabat, bukan seperti seorang pengurus. Marah ada hadnya, macam besi yg panas, tunggu saja sampai masa akan sejuk dia kembali. Kalau isteri pemarah? Entahla.. kalau saya , cabut lari lepak kedai Patani! Hehe



                             Kita tak akan tahu betapa manisnya minuman itu jika kita tidak pernah merasa pahitnya kopi tanpa gula. Hidup juga begitu, kita tak mungkin memahami apa itu kejayaan jika kita tak pernah menempuh kegagalan. Manusia yang tak pernah gagal adalah manusia yang tak pernah berusaha apa apa.



                             Mak ayah kadang2 marah tak bagi pi tempat2 tertentu bukannya apa, nak pi tu pi la.. yg dia takut cuma, penat2 dia bela, penat2 buat ibadat, tau tau anak tu la yg tahan tak bagi masuk pintu syurga!



                          Tips untuk lelaki bujang, (yang kahwin pun boleh jugak) smile emoticon. Kalau nak bercakap dengan hati degil seorang wanita pilihan, cuba bercakap terus ke matanya, disitulah pintu untuk ke hatinya. Disitu hati dia mampu mengesan apa mesej yang tuan cuba sampaikan. Cuba cam tengok, wanita2 pilihan ni biasanya takkan benarkan tuan tenung anak mata dia lama lama. Sebab disitulah ada kunci. Yang paling susah yang suka tunduk, itu tandanya dia tidak mahu ada sesiapa lagi cuba menceroboh hatinya! Sekarang fahamkan kenapa wanita suka berpaling jika seseorang cuba merenung dia?

Kekasih yang paling romantik adalah yang selalu membalas wassup kekasihnya dengan mendoakannya setiap kali lepas sembahyang. X baik tau berbalas i love u dlm wassup.. maksiat jari! smile emoticon\ 


                         Apabila isteri kita cerewet, jangan salahkan dia, sebaliknya berterimakasihlah pada dia. Kerana cerewet tu la dia selalu pastikan punggung anak2 dibasuh tanpa ada bau yang tertinggal. Kerana cerewet itulah dia pastikan anak anak makan makanan yang baik2 untuk pembesaran mereka. Kerana cerewet tu la, mereka basuh baju kita sampai hilang bekas bekas lipstick GRO Dangdut yg lekat secara tak sengaja. Dan paling penting, kerana cerewet itu jugalah, mereka makan macam2 suplementary untuk pastikan kita selesa bila bersama. Kita orang lelaki ni, jangan kata supplementary , nak telan panadol pun jenuh kena paksa! Nak yg cerewet ka yg tak cerewet?



                            Orang perempuan ni bab kongsi perasaan dgn kawan ni, apa pun takdak rahsia dah! Kalau sesak berus gigi pun silap2 sanggup kongsi! Tapi mai tang suami, tak dan nak tanya, dia kata tak mau siap siap dah! smile emoticon

Ingat ni baik baik... ISTERI KITA BUKANNYA ROBOT, TAPI KADANG KADANG BOLEH JADI AUTOBOT! smile emoticon



                            Ego adalah perisai seorang lelaki, begitu juga airmata bagi seorang wanita!

Lelaki sangat mengingati kekasih pertamanya berbanding wanita yang lebih mengingati suami pertamanya!



                            Lelaki yang memahami wanita bukanlah bapok! smile emoticon

Ada sebab bila Allah tak izinkan kita bersama dengan seseorang yang kita sayang... samada ada akhirnya kita akan faham atau biarlah Allah saja yang tentukan siapa yang terbaik untuk kita. Rindu memang rindu, tapi rawatlah luka tu, lama lama nanti baiklah dia...



                          Hati ini macam bayi. Susah nak faham, susah jugak nak pujuk. Dia cuma akan berhenti menangis bila bersama ibunya. Dan bila ibunya tiada, dia akan anggap siapa saja selepas itu sebagai ibunya. Hati ini tak pandai berbohong. Hati menangis bila dia mahu menangis dan ketawa bila dia mahu ketawa. Kalau mahu lihat hati seseorang, lihat saja matanya, adakah dia sedang tersenyum, suka ataupun sedang menangis!



                             Orang yang mudah tersenyum, pastinya dia juga mudah tersinggung. Dan orang yang mudah ketawa, pastinya dia juga mudah menangis!



                                Kamu boleh bina sebuah mahligai yang didalamnya lantai seperti Istana Balqis, tapi rumah kamu nanti tetap juga sebuah lubang sedalam enam kaki dan tiada tingkap dan pintu. Kamu boleh saja ditemani seorang puteri jelita dari seorang raja yang sangat berkuasa sebagai isteri dengan pengawal2 yang sangat setia, tapi akhir nanti yang akan menemani kamu adalah ulat ulat, cacing dan basah tanah sehingga kamu reput dan hanya tinggal tulang belulang. Kamu biasa pakai baju berjenama, nantinya pakaian kamu cuma kain yang lebih murah dari pengalas meja yg paling murah di dalam rumah kamu! Walal akhirati khairun laka minnal ula... itu yang sering aku ingatkan pada diriku sendiri..


                      Lelaki Sado

                     Seorang lelaki dilahirkan dengan fizikal yang lebih kuat dari wanita. Tujuannya apa? Supaya mampu pertahankan keluarganya dan mampu menyediakan kemudahan untuk keluarganya. Lelaki Sado, pada hakikatnya mampu membawa ibu atau bapanya , mendukung mereka ke hospital atau klinik bila sakit, memandikan mereka bila mereka sudah terlalu tua dan tak berdaya menguruskannya sendiri. Lelaki Sado juga mampu membantu isterinya memasak atau mengemas sewaktu isterinya terlalu sibuk atau terlalu letih. Dia juga boleh berjam jam menjaga anak anaknya sewaktu isterinya mahu berehat setelah berterus terusan menguruskan hal rumah dan anak anak. Lelaki Sado juga sering bertenaga untuk membawa anak2nya ke taman permainan dan ke mana saja untuk mendidik dan mengasuh anak anaknya. Dia juga tahu memandikan anak anak, menguruskan berak kencing, membancuh susu dan juga menukar lampin! Lelaki Sado juga tahu apa yang isterinya perlukan samada membeli pad, makanan tambahan juga tahu apa alat2 mekap yang isterinya selalu pakai! Sebagai lelaki pujaan ramai, dia juga sepatutnya boleh mengajar anak2 apa yang anak2 kurang faham di sekolah. Dan juga ke sekolah untuk sebarang mesyuarat yang melibatkan hal hal sekolah anak anak. Lelaki Sado juga paling penting, mampu menjadi imam sembahyang, menghafal surah surah penting, tahu banyak doa dan boleh menjadi khlaifah dalam majlis bacaan Yasin atau tahlil. Dan yang terutama, andai ibubapanya sudah meninggal, Lelaki Sado inilah yang sanggup turun ke liang lahad, mendukung ibu atau bapanya buat kali terakhir sebelum disemadikan! Lelaki Sado bukanlah hanya kuat pada tubuh badan, lebih dari itu dia harus menjadi seorang yang sebenar benar khalifah!



                       Indah Fatamorgana..

                      Apa yang kita tak lakukan bila kita sayangkan seseorang? Ada Ibu yang sanggup korbankan sebelah buah pinggangnya supaya anaknya ada peluang untuk terus hidup, walaupun tiada jaminan anak itu akan menjadi anak yang baik! Ada isteri yang sanggup korbankan keinginan sendiri sanggup bertahun tahun ditinggalkan, walaupun tiada jaminan cinta si suami itu akan kekal untuk dirinya. Ada suami yang siang malam melakukan dua jenis pekerjaan hanya semata mata untuk lihat isterinya punyai apa saja yang isteri orang lain ada. Ada juga bapa yang sanggup tidur berpayungkan langit, semata mata untuk jimatkan wang bagi biaya persekolahan anak anak. Dan ada jkekasih yang terpaksa memaafkan dosa yang paling besar hanya kerana cintanya pada kekasih dan anak anaknya.. Sesungguhnya sayang itu bukan ungkapan dibibir, sayang itu penuh dengan kisah pengorbanan yang tak berkesudahan....



                           Siapa pernah dilukai? Siapa pernah membilang detik malam dan sehingga fajar, mata belum terasa mengantuk. Siapa pernah merasa hambarnya segala yang dirasa? Siapa pernah melihat paparan tanpa mengerti apa apa, Siapa pernah menyentuh panasnya bara tanpa sedar jari jemari sudah terbakar hangus. Siapa pernah berjalan tanpa memahami ke mana hendak dituju?



                           Tribute untuk 'sesiapa saja yang pernah terluka'

                            Every rain cloud has it own silver lining. Pepatah orang putih. Maksudnya buruk macamanapun orang atau siapa siapa, pasti ada perkara baik darinya. bersabarlah, kadang2 pada perkara atau orang yg kita benci sangat2.



                              Selalu kita sangka, dialah sahabat terbaik kita. Kemudian yang jadinya dia khianati kita. Dan kita mula rasa ,kecewanya hidup ni pada siapa nak mengadu! Kata orang tua tua, buat baik berpada pada, maksudnya bila kita berkawan kita kena terima kawan kita tu tak sempurna. Ada kelemahan jugak, cuma dia diciptakan sebagai kawan kita peneman masa sunyi.Berkawan la ala kadar, jangan diserah semua rahsia2 yg sepatutnya disembunyikan. Musuh yg paling berkuasa adalah teman yang paling rapat! Sahabat yang paling setia adalah bangun tengah malam, ceritakanlah pada Dia dalam Tahajjudmu... Insyaalah Dia akan pelihara rahsia2 kita dan Dia akan bantu kita kerana Dia sangat Kaya dan Pemurah. Amin Ya Rabbal A'lamin.



                                  Waktu mengaji kita xda duit, call la mak ayah suruh bank in. Kadang2 tak bank in pun. Faham la kita nak suruh kita balik ambik, nak bagi dengan tangan sendiri. Sebab apa? Rindu lama tak tengok. Doa pun macam tu la, doa tapi x dapat pun. Allah Taala kadang tak bagi sebab nak suruh kita dekat dengan Dia. Mungkin kita ni jauh sangat, kadang2 dok kalut dengan tudung lawa, tupperware 12 tingkat, menantu kerja besar, kadang2 sampai terlupa nak dekatkan diri pada Allah s.w.t , pakat2 no.. tengok diri kita jauh dak kita dgn Allah s.w.t, kalau jauh perdekat sikit Insyaallah Allah Maha Pemurah, dapat la nanti.



                                 Dok busy dengan laman sesawang, rumah pun penuh dah naik sawang!

Kalau kita rasa kita gagal, itu pandangan yang tak tepat, kita sebenarnya hanya belum berjaya lagi. Teruskan sedikit lagi usaha! Insyaallah



                                Mudah saja untuk mempersalahkan orang lain, tapi apakah hasilnya? Membuang masa dan tenaga kita dan mencipta kekalutan yg langsung tidak membawa apa apa faedah! Saya sukakan falsafah isteri saya mengenai perasaan cemburu. Katanya 'cemburu itu membuang masa!'. Ya benar, sayang macam mana sekalipun, kawal macam mana sekalipun, kalau hati orang itu sudah tiada untuk kita, jawapannya tetap sama! Perpisahan! Berapa ramai yang cemburu dgn insan lain, dan akhirnya? Berpisah ataupun bermadu jugak! Kita sebenarnya terlalu banyak membuang masa memikirkan sesuatu yang bukannya keutamaan. Banyak masa yg kita bazirkan itu sebenarnya kalau dimanafaatkan mampu memberi hasil yg sangat besar! Contohnya, kita habiskan 4 jam sehari berfikir soal cinta, tapi jika 4 jam itu kita habiskan untuk membuat kerja2 tambahan, hasilnya mencukupi untuk kita membeli sebuah rumah! Ini bukannya omong kosong tapi telah terbukti dalam banyak negara. Jom... sama sama kita betulkan semula minda kita! Mulakan dengan

 ' CEMBURU ITU MEMBUANG MASA!'



                            Orang bercinta biasanya gila gila sikit berbandingterus jadi gila bila saja putus cinta!



                             Nak mengumpat sikit ni smile emoticon Laki mana x sayang isteri. Cuma kadang2 bila balik tu dok dengar Radio Buruk speaker rosak lagi, maka dengan hati yg berat melangkahlah ia ke kedai Patani tengok adik comel comel. Senyum simpul tanya kat laki laki kita tu, Abe nak minum apa, manis senyum tu sampai susu pekat pun rasa tawar! Laki kita pun terlajak order, orang lain order teh tarik, laki kita pulak order sekali dengan no handphone! Jangan main main dengan Radio Buruk Speaker Rosak ni... boleh bermadu kalau dok buka kerap kerap! smile emoticon



                             Waktu bercinta sayang tak lekang dari mulut.. bila dah kahwin sayang pun jadi pak hang.. yg pak hang pulak tak lekang dari kedai patani ... mak hang pulak tak lekang dari wassup!



                               Secara jujurnya saya suka melihat wanita cantik. Saya suka wanita yang ada masa untuk mengurus diri sendiri. Juga ada masa untuk memilih warna baju untuk dipakai. Saya juga suka wanita yang menjaga kulit mukanya, tidak membiarkan jerawat2 gatal tumbuh meliar. Saya selalu lihat adakah dia peka dengan apa warna rambut dia berbanding warna kulit atau baju yang dia sentiasa pakai! Rambut blonde baju kurung warna warni ala gypsy? Hmmmm..., Saya juga tengok berapa saiz pinggang dia.. lebih dari 27? Alamak! Masuk gym kakak! Nanti suami jeling yg lain! smile emoticon Saya sgt pentingkan apakah baju yg dia pakai itu begitu ketat sehingga terkeluar selulit! Auww, ni bukan pertandingan bayi sihat! Paling saya gilakan adakah dia punyai sepasang kaki yg cantik! Macam belalang! Cik kakak.. jangan sayang masa sayang duit, kalau cik kaka ada masa berjam untuk berfb atau berwassup, spare sikit untuk buat sit up atau jogging2 sikit ka.. penting sangat kakak. Nak buat camana, nama pun lelaki, suka yg cantik2 saja! Dan saya percaya mungkin suami2 lain juga sependapat macam saya?



                            Orang miskin melihat kekayaan sebagai kebahagiaan, dan orang kaya melihat kesederhanaan itu satu kebahagiaan. Semua orang sama saja, mencari ketenangan... yang benar2 bahagia adalah yang redha dengan Allah dan Allah redha dengan dia.

Setiap hari kita diuji dengan dugaan kecil dan besar. Adakala kita menang, dan ada waktu yg lain kita mengalah. Adakala kita rasa kuat, dan ada waktu yg lain kita duduk dan hanya menangis. Dugaan itu pasti hadir, suka atau benci. Sifat dunia memang begitu. untuk merasa nikmat harus mencuba azab dulu. Hendak makan ikan yang sedap, gelombang besar mesti ditempuh, hendak makan rusa dihutan duri dan banir mesti di redah. Jangan anggap ujian itu satu beban tapi satu tabir untuk disingkap. Anggap saja untuk ke daerah aman, kita mesti melepasi gunung yang tinggi dan hutan tebal. Itu lumrah dunia diciptakan begitu. Jangan lupa tangisan anak kecil itupun setelah tangisan ibunya mengharung kesakitan dan kepayahan. Percayalah, disebalik ujian dan dugaan itu pasti ada rahmat yang menanti!


                          Hakikat cinta.. kebanyakan kita mencintai seseorang yg tak pernah ujud. Mengejar fatamorgana!


                            Pada saya cinta sejati hanya ujud dalam novel.. manusia sentiasa ada kepentingan dari manusia lain.

Nk jaga org perempuan ni x susah sebenarnya.. jaga perut . Jaga mulut saja. Yg susahnya.. nak jaga hati sendiri!


                         lemah aku tentang satu perkara, bila aku menyayangi seseorang, aku akan bagi apa saja dia mahu termasuklah hati sendiri. Kemudian bila dia tak perlukan hati itu lagi, dia buangkan saja dan akhirnya aku sendiri yang merana, mengutip kembali sisa sisa hati yang telah rosak



                           tak salah bersendirian seketika. Uzlah, bagi ruang untuk menyayangi diri sendiri. Bersedih pun tak merubah apa apa, meratap pun menambah sakit hati sendiri. Berjalanlah, lihat alam luas, lihat rahmat Allah disekeliling kita. Dikenang memakan diri, diluah terkena orang lain. Mungkin itu yg sudah tersurat untuk kita. Redha sajalah...



                            Kamu rasa kamu sepi tanpa seorang suami atau kekasih, fikirkanlah seorang anak yang sejak kecil tak pernah melihat ibubapanya, dan hanya menumpang kasihsayang dari seorang pengasuh. Bersyukurlah apa yang ada dan janganlah mengeluh pada yang tiada.



                           Rahsia kenapa orang tua tua suka makan telur setengah masak dan madu bila saja bangun waktu pagi. Waktu tidur perut kadang2 bila tidur salah posisi, asid pencernaan akan mengalir keluar. bila keluar dan tiada makanan asid ini akan menghakis perut. Lama kelamaan perut akan menipis dan terdedah kepada gejala ulcer. Telur setengah masak bila dimakan akan menukarkan asid tersebut kepada yogurt, dan yogurt ini akan membentuk satu lapisan yang akan menutup luka2 dalam perut. Dan bila kita makan makanan pedas, kita tak akan rasa pedih lagi. Tapi awas! jangan makan sesekali dengan lada! Madu? Di Jepun, madu direndam bersama lemon dan diminum setiap hari tujuannya untuk membersihkan sistem pernafasan terutamanya paru paru. Jadi, tahu dah kan rahsia orang dulu dulu? Nanti saya sambung bab lain



                         Manusia penyabar adalah manusia yang punyai masalah dan berusaha untuk mencari penyelesaian. Dan manusia pemalas adalah manusia yang punyai masalah tetapi hanya mengeluh dan terus menetap dalam masalah tanpa berusaha apa apa.



                          Abah pulang lewat, mama sudah terlena. Anak2 sudah lama dibuai mimpi. Abah ke dapur, buka tudung saji, kosong! Mama tak masak, gas sudah habis, mama x larat nak angkat tong sorang2. Abah belum makan, abah biasa makan di rumah dengan mama dan anak2, tapi harini abah tolong orang kemalangan, dan pulang lewat. Abah tau mama selalu simpan roti untuk anak2, abah ambil dua keping. Cukuplah alas perut. Abah mandi, kemudian solat dan kembali ke katil untuk tidur. Tidur sebelah mama, mama peluk abah dan cakap.. Maaf, mama tak masak hari ini, tapi mama dah beli roti canai untuk abah, tapi semua anak anak dah makan. Abah senyum, dan betulkan selimut anak anak... dan tidur disebelah mama. Dalam gelap dalam sunyi.. kita tak tahu apa ibubapa berkorban untuk kita. Sayangilah mereka sementara masih ada waktu!


                                Apa kesan jerebu pada kanak2 dan kita? Biasanya peratus oksigen dlm paru2 adalah 99% atau 100%. Jika peratusnya hanya sekitar 95% kebawah, dr akan bagi nebulizer dan jika gagal juga naik kembali peratusan tu, biasanya akan terus dimasukkan ke dalam wad. Penghidap asthma, asthma bukan sejenis penyakit tetapi sejenis alahan, biasanya akan mudah respons pada habuk, jerubu adalah habuk2 terampai dalam berbagai saiz. Yg pastinya ianya boleh menyebabkan keradangan atau anafilakishi. Jenis anafilakishi yg berbahaya adalah jenis yg menyempitkan saluran pernafasan. Bila saluran pernafasan sempit, oksigen akan menurun, dan simptomnya adalah batuk yg kerap dan nafas pendek pendek. Cuba tengok adakah anak2 kita ada simptom begini? Akibatnya boleh menjadi pengsan atau koma jika gagal diberikan rawatan pencegahan. Biasanya inhaler anti keradangan atau anti pembengkakan akan dibagi oleh doktor mengikut keperluan. Ada juga kes kes penghidap akan diberi prednisolone steroid. Elakkan dari berada di luar rumah jika tiada keperluan dan minumlah air lebih banyak untuk mengelakkan gatal kerongkong sekaligus menyebabkan batuk. Ini adalah saranan sahaja dan sila rujuk doktor anda untuk kepastian. terimakasih. sharing is caring.



                               Utk yg berkahwin sahaja. Terlupa data ni dari mana tapi mungkin ujud kebenarannya. Tempoh bersama bagi pasangan suami isteri Malaysia, wanita memerlukan sekitar 36 minit untuk pendakian sempurna, tetapi purata lelaki Malaysia hanya mampu bertahan selama 11 minit sahaja sebelum terlena di celak pokok dan gagal dalam pendakian. Kaedah penyelesaiannya? Paling baik adalah mengamalkan petua, contohnya bagi seorang lelaki jangan waktu makan jangan minum air, minum air hanya selepas paling cepat 10 minit setelah makan. Ilmu jugak ni pun.



                              Nak bagitau satu rahsia! Tubuh seorang wanita akan mencapai kemuncaknya bila berusia 27 tahun! Dan lelaki pula 35 tahun! Maknanya bila anda berusia 27 tahun, tahun2 berikutnya adalah tahun mengecut! Tapi kalau jaga boleh la tahan lama sikit! Lelaki pulak boleh save 8 tahun!



                                 Umur psikologi lelaki dan wanita adalah berbeza sebanyak tujuh tahun! Andainya seorang lelaki berumur 30 tahun, pasangan secocok untuknya mestilah dlm usia 23 tahun!



                                  Isteri yg baik, yang tak akan bertanya apa apa pada suaminya sehingga selesai dia minum air setelah sampai dirumah. Isteri yang hebat adalah isteri yang tak akan makan apa apa sehingga suaminya makan terlebih dahulu. Isteri yang budiman adalah isteri yang tak akan meminta apa apa yg suaminya tak mampu beri. Isteri yang beriman adalah isteri yang sentiasa mencium tangan suaminya walaupun bukan selepas solat bersama. Dan isteri jaminan syurga Allah adalah isteri yang mencintai Allah, Rasul ibubapa dan suaminya.

Berapa lama lagi kamu mahu hidup? Dan berapakah lamakah yang sudah kamu sia siakan?

 Pesanan untuk diri sendiri.



                                  Nasihat itu seperti air mengalir yang tak pernah jemu jemu membentuk batu yang keras. Nasihatilah dia hari ini walaupun dia tidak mahukannya. Mungkin bukan hari ni, mungkin esok mungkin lusa mungkin tahun depan atau mungkin seribu tahun lagi. Insyaallah.



                                Kesilapan paling besar dalam hidup adalah apabila kita cuba mengatur hidup orang lain melebihi keperluan untuk mengatur diri sendiri. Tapi itu lumrah, azali diciptakan manusia itu mudah melihat kotoran diwajah orang lain dan hanya akan sedar kotor diwajah sendiri apabila di tegur oleh orang lain. Dan orang yang tak boleh terima teguran langsungakan kekallah kekotoran itu diwajahnya sampai bila bila.



                              ada waktu kita geletek geletek supaya dia ketawa, ada waktu tertentu kita meminggir supaya dia cari kita, dan ada waktu yang lain kita marah dia supaya dia tahu kita mengambil berat.



                               Hukum berhias diri? Adakah bersolek itu aurat? Sebagai jurufoto, kerja saya mempamir kecantikan pelanggan saya. Sama macam mak andam, membangkitkan seri pengantin. Saya mengambil sikap berdiam diri dalam isu aurat dan perhiasan, memandangkan asas kita masih belum sepenuhnya Islam. Pendapat peribadi saya adalah hukum mendedah aurat dan mendedah kecantikan melalui perhiasan (tabarruj) dengan tujuan membangkitkan pandangan orang lain adalah sama haramnya berdasarkan hadis ini


Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ، لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ، رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ، لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا، وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

“Dua kelompok dari penghuni neraka yang aku belum pernah melihat mereka : Pertama, orang-orang yang membawa cambuk menyerupai ekor sapi. Dengannya mereka mencambuki orang lain. Kedua, wanita-wanita yang berpakaian, namun sebenarnya telanjang (karena tidak menutup ‘aurat yang semestinya ditutup), menggoda orang lain dan berjalan dengan melenggak-lenggok. Kepala mereka seperti punuk onta yang miring. Mereka tidak masuk surga dan juga tidak dapat mencium aromanya, padahal aroma surga dapat dicium sejauh perjalanan sekian dan sekian”

[Diriwayatkan oleh Muslim .Ini termasuk memakai baju berwarna terang dan apa sahaja yang mengalih pandangan. Mohon ampun maaf andai terkena pada siapa2. Hanya pencerahan mengenai pendirian saja. .



                                   Petua utk lelaki, sebagai lelaki penampilan kena jaga, luaran kena nampak sempurna, dan paling penting,

 DALAMAN!

 Maaf nak tanya yg dalam tu macamana pulak?

 DALAM POKET!



                             Make up yg paling cantik adalah yg paling nampak natural. Biasa yg selalu nampak kalau tak cam wayang tongkol opera Cina, atau pun cam pertandingan melukis kat muka! Tak ramai pandai main blusher, banyak yg macam pakai berus cat! smile emoticon Gradient mata paling penting, nak letak maskara boleh tapi jangan la nampak cam perangkap nyamuk! tebal dan panjang sgt! Yg jarang orang letak adalah belahan dagu, itu penting boleh nampak tirus sikit dan hidung? Yg ni memang payah! Salah letak nampak cam buah jambu air! Heheh.. puan2, pakcik nelayan harini cuba bercakap macam jurumekap artis! Tak salah kot kalau lelaki tau sikit pasal make up wanita kan? smile emoticon Foundation tu jgn la main letak bedak sejuk saja! hehe!



                           Zaman dulu, ayah kayuh gerek atas batas ban (bendang) dalam hujan pasai anak dah bersalin. Kes nak pi tanya Tok Imam nama apa nak bubuh pasai kawan pun mengaji kat bawah pokok kemuyu saja. Tok Imam pun kata bagi 3 hari, selak punya selak tilik punya tilik, dapatlah satu nama . Tok imam pulak kena naik gerek atas ban , hujan pulak dah dalam celah tu!



                    ;Maun! Maun!

 "Ni aku dapat dah nama anak hang, jenuh jugak buka Tajul Muluk, menengok pulak hari beranak dia jatuh malam bulan cerah!"

 "terimakasih la Pak Imam, nama apa tu yg dapat?"

 " Nur Hafizatun", mana la tau kot2 boleh jadi hafiz esok2 ni!

 Ayah sengih sampai ke telinga! Kot2 berkat doa Pak Imam, anak boleh jadi hafiz.

 40 tahun berlalu, Pak Imam pun dah xdak, ayah pun tempat dia tak jauh dari Pak Imam, Nur Hafizatun dah jadi mak orang dah! Memang hafiz betui, tapi hafiz semua lagu2 penyanyi rock! Nama pun tinggal dalam IC saja, kat kampung pun orang panggil Feez dah! Alahai.. penat orang tua tu kayuh gerek atas ban rasa macam tak berbaloi!

 Ayah oh ayah.. hidup tidak seindah impian... !



                           Tiada jutawan mampu membeli masa lalu, kenangilah dia sementara masih bersama. Jagailah dia sementara hati masih belum terluka.



                          Paling indah dalam hidup adalah berangan angan!



                           Sebagai suami, cuba lakukan perkara ini. Sekurang kurangnya bagi satu nasihat yg baik kepada isteri setiap hari. Yg simple2 pun tak apa. Contohnya, 'Sayang, kalau nak masak gulai ikan masin, jangan bubuh garam ya? ' , walaupun benda tu dia dah tahu tapi.. itulah caring. Sekurang kurang isteri akan rasa, ambil berat jugak pemimpin aku ni! Tapi janganlah nasihat yang ekslusif sangat, macam, 'Sayang kalau nak cantik kena guna SK II, rabak la poket tuan tuan nanti! Orang perempuan ni kadang2 kuat mengungkit sikit! smile emoticon Jangan marah ya kakak kakak. smile emoticon



                           Orang yg paling banyak ketawa bila bersama sama teman, adalah orang yang paling banyak menangis bila bersendirian.



                            Nak uji madu tu asli ke tak? Mudah saja.. bawa balik rumah tengok, kalau ada pinggan mangkuk melayang tu, asli la tu! Petua untuk lelaki sahaja! smile emoticon



                            Hati ni macam diari.. kalau dah setengah diari tu tertulis nama seseorang. Nak padam balik mmg lambat!



                            Lelaki tengok cermin masa nk reverse kereta saja berbanding wanita yg selalu tengok cermin walaupun setakat nak pi beli cucoq pisang!



                            Nenek umur 80 pun kalau nk keluar rumah dia tempek bedak. Itulah wanita



                           Bab hati ni jgn la ingat perempuan saja sedih bila break. Lelaki pun sama la jugak.. kadang tu sampai herot mulut kontrol macho! Yg dalam tu toksah kira la.. dah jadi empangan dah, sapa pun xtau!



                           Kita semua ada satu hati saja.. jadi jgn la mudah2 bagi kat orang ya...?



                             Perpisahan sesuatu yg menyiksakan. Penyiksaan paling berat adalah rasa kekosongan. Apatah lagi kalau dah bertahun tahun setiap hari bersama. Sehari bagai seminggu.. segalanya tawar hambar. Apa penyelesaiannya? Tiada! Pohon dalam solatmu ketenangan. Baca Yasin banyak2.. Surah Yasin adalah surah mengenai hati. Insyaallah.. hati itu milik Allah dan Dialah sebaik baik Penyembuh segala penyakit.



                             Ibu mertua masuk campur dan minta suami ceraikan isterinya? Alasannya? macam macam kot. Perkara sukar, memilih utk derhaka kepada ibu atau membuang isteri dan anak2 sekali, biasanya kalau berpisah anak2 akan ikut ibunya. Pada saya , tengok keadaan, kalau isteri berbuat sesuatu yang sangat menyalahi syariat, menurut nasihat ibu adalah jalan terbaik. Tapi bagaimana kalau isteri tidak berbuat salah apa2? Hanya mungkin ada sedikit benci dalam hati ibu itu saja? Kita berpatah balik kepada keutamaan. Yg pertama Taat kepada Allah, dan samasekali taat kepada ibubapa ini tidak boleh melebihi dari taat kepada Allah. Dan apabila isteri seorang yg taat kepada Allah, wajiblah kita pelihara dia dari fitnah dan engkar kepada permintaan ibubapa adalah tidak dikira sebagai derhaka. Malahan jika menceraikan isteri yg sebegitu pada saya adalah perbuatan zalim. Zalim bermaksud berbuat sesuatu yg tak kena tempat. Wallahualam



                              Jangan marahkan suami bila suami sebut nak tambah lagi, lelaki memang begitu, suka memancing perhatian. Tapi boleh saja kecil hati kalau suami tidak bangunkan kita ditengah malam untuk sama sama bertahajud dan tegur kita sewaktu kita melampaui batas. Kalau kita terlalu cemburu bagaimana kita nak bersama suami didalam syurga yg penuh dengan bidadari jelita?



                              Sewaktu bekerja jadilah pegawai yg tegas, pulang saja ke rumah jadilah pembancuh kopi yang paling sedap!



                                Harini saya nak sentuh soal Sunatullah. Dijadikan seorang wanita itu dengan peranakan yg sempurna. Dijadikan seorang lelaki itu dengan tubuh badan yg kuat dan naluri mempimpin. Kerana apa? Allah berkehendak begitu. Kerana apa kadang2 bertelagah? Pepatah Cina mengatakan 'Diatas bukit tidak boleh ada dua naga!'. Tugas lelaki mencari nafkah dan melindungi kelompok jagaannya, kemudiannya dia akan mati, berganti yang lain pula. Jadi yg membahagi tugas ini adalah Allah s.w.t Bila kita beriman, maknanya kita membenarkan apa yg telah ditetapkan. Siapa mau kesakitan waktu bersalin? Siapa mau keletihan berjaga di tengah malam? Allah yang mahukan begitu. Melayu ka Cina ka India ka, semua melalui perkara yg sama. Mesejnya apa? Saya nak ajak semua lihat semua perkara dalam konsep peraturan Allah bukan rasional akal. Kita banyak gunakan akal yg marah dari hati yg rukuk dan sujud. Rukuk itu patuh dan sujud itu berserah diri.



                            Petua untuk lelaki. Kalaulah pasangan anda minta belikan sesuatu sebab dia suka, beli saja tapi jgn bagi lagi... tunggu sampai anda buat silap dan dia marah, bila marah biar sampai dia marah betul2 dan sampai dah tak tau apa nak cakap dah. Pastu pelan2 keluarkan benda yg dia suka tu letak saja tempat yg dia mudah nampak dan tuan pun relex saja buat muka macam Jack Sparrow! Tengok saja respons dia macamana



                        Wanita pemarah biasanya wanita yg sangat penyayang!



                         Kebahagiaan seorang lelaki itu adalah bilamana dia dicintai seseorang sepertimana ibunya mencintai dia, dan bilamana dia mencintai seseorang sepertimana dia mencintai ibunya.



                       Dimanakah tempat yang paling tenang bagi seorang suami? Tidur di ribaan isterinya... syor dari orang alim2.



                        Selalunya bila sebut saja cemburu, yg selalu dibayangkan adalah 'wanita memang kuat cemburu'! Seolah olah satu endorsal tentang cemburu adalah satu sikap yg amat jahat yg biasanya membabitkan wanita! Apa pulak kaitannya dengan seorang murid lelaki cemburu lihat kawan dia berjaya dan dia pun berusaha dan berjaya menjadi lebih pintar dari rakannya itu! Dan bagaimana pulak dengan lelaki yg kuat cemburu? Rasanya lebih teruk dari wanita! Dalam masyarakat melayu cemburu ini selalunya akan dikaitkan dengan keistimewaan lelaki berkahwin lebih dari satu, dan ianya di perbesarkan dengan cara yg sgt tidak adil iaitu perempuan cemburukan suaminya yg ingin berkahwin lagi! Adakalanya bukan cemburu tapi tidak setuju, contohnya wanita itu tidak setuju suaminya berpoligami kerana nafkah seorang isteri yang ada pun lebih banyak tak cukup dari yg cukup, macamana nak bela lagi seorang isteri? Ini justifikasi kewangan bukan cemburu! Bukan menyebelahi sesiapa tetapi ada taboo atau metafora yang perlu dikaji semula



                           Kecantikan itu subjektif? Itu pendapat dan banyak yang mengiyakannya. Tapi, hakikatnya bila terkena pada wanita , kebanyakan orang tidak boleh terima ianya sebagai subjektif lagi. Tanda aras mula diletakkan, kalau cantikmesti slim, kulit cerah, besar sana kecik sini, rambut begitu begini hatta baju pun nak kena warna itu ini jugak! Dimanakah subjektifnya? Gone! Pada saya kita masih lagi tertakluk kepada status quo, semua perkara telah ditetapkan



                           Kebanyakan lelaki gagal memahami perasaan pasangannya... termasuklah saya smile emoticon



                            Mencintai seseorang adalah perkara sukar tapi yang lebih sukar dari itu adalah untuk melupakannya!



                           Mulut gua yg besar mampu lagi ditutup tapi mulut manusia yg kecil ni memang payah! buat xtau saja dah la.. penat bercakap nanti berhentilah dia



                            Berpagi pagi mencari rezeki, sehingga lewat malam pun kadang kadang kita masih mengusahakan sesuatu. Tak cukup? Dari Rasululullah s.a.w "Orang yg kaya itu adalah orang yang paling sedikit keperluannya", jadi apakah kita sudah cukup? Tak pernah! Kita sering memerlukan lebih dari yg perlu. Jadi selamanya kita miskin. Hadis Qudsi 'Jika aku berikan separuh dari dunia ini, nescaya mereka akan meminta yang separuh lagi', Kesimpulannya apa? Jiwa kita.. selalu meminta yg lebih dari keperluan. Sampai bila jiwa kita akan tenang? Tidak mungkin! Sakinah itu jauh dari orang yg cintakan habuan dunia. Dimanakah kita? Si kaya yang mensyukuri nikmat Tuhannya atau simiskin yang tak pernah cukup keperluannya?...



                               Andai datang satu orang pada kita, dengan lagak seolah olah dia suci daripada dosa, apa yg keluar dari mulutnya seolah olah dia saja yang baik, yang buruk semua orang lain, maka pada saya.. eloklah di bagi sijil. Samada sijil tiga suku ataupun sijil gila! Kita manusia ni x maksum, ada sikit sebanyak dosa kita buat, nyata atau tidak nyata saja. Sebab tu la kita disuruh beristigfar setiap hari. Rumahtangga pun macam tu jugak. Kalau ada org claim mereka x pernah bermasam muka atau berselisih faham, mungkin pasangannya tinggal di alam bunian kot. Nak jumpa pun 20 tahun sekali tu pun dlm mimpi. Bergaduh, berselisih faham tu lumrah , yg tak lumrahnya adalah bila kita gagal belajar dari kesilapan yg lepas2. Jangan pertahankan kesilapan sendiri, mengakui kesilapan sendiri adalah sikap berani.. sekadar pandangan...



                               Jangan letakkan suami atau isteri kita di tempat yg terlalu tinggi. Taatlah suami, jangan mendewakan dia, sayangilah isteri dan isteri bukan dewi. Ini istilah2 mengikut hikayat lama melambangkan seolah olah manusia2 ini terkecuali dari kesilapan. Dewa dewi dalam rumahtangga ni banyak menyebabkan orang jadi kecewa, dan merungut, kenapa isteri aku macam ni? Kenapa suami aku macam ni? Apa yg terbaik? Cuba bersikap rasional dengan banyakkan berbincang dari hati ke hati. berbincang itu bukan berleter, elakkan dari one way communication. Ini bukan ceramah politik, ini perbincangan! Isteri juga ada hak memberikan pandangan. Suami juga berhak sebagai ketua rumahtangga. Dan apa2 yg terjadi atau bakal terjadi, letaklah Allah sebagai yg pertama, dan kemudiannya yg lain lain. maksudnya kena faham, perkahwinan ini hanyalah urusan dunia saja sementara menantikan masa ke akhirat. Bahagia atau tak bahagia sifatnya cuma sementara. Dah la ya, jgn banyak sgt sedih.. buat urusan dunia macam biasa, dan cuba berbincang dan jika masih gagal.. ada tempat yg kita boleh mengadu... smile emoticon



                             Apabila seseorang itu selalu nampak keburukan orang lain melebihi kebaikannya, maknanya hati dia sedang sakit, tapi andai seseorang itu hanya nampak keburukannya sahaja, maknanya hatinya telah mati!



                              Bila kita ditinggalkan, mungkin kita akan rasa sedih. Tapi , percayalah itu masa terbaik untuk kita bagi lebih tumpuan pada diri sendiri dan kejar apa saja impian kita. Tak salah untuk rasa sedih, tapi opss! Jangan lama sangat! U got something to do! Wake up! Wake up! , Jom.. kita kejar impian!



                             Aku tak mengharapkan kamu akan kembali seperti dulu, tapi aku sangat sangat berharap untuk kembali seperti waktu waktu aku belum mengenali kamu. Aku terlalu menyayangi diri kamu sehinggakan aku terlupa untuk menyayangi diriku sendiri!



                            Allah x akan ciptakan airmata tanpa sebab. Semua orang diuji, semua orang ada ketikanya lemah dan tak berdaya. Bukan kita meraung meratap, cuma ada masanya ia mengalir juga. Tak salah, dan juga bukannya lemah, tandanya kita sedang bersabar berdepan ujian yang tak tertanggung! Menangislah di hadapan Allah, sewaktu kita memohon pertolongannya. Dan Rasulullah s.a.w juga begitu di dalam solatnya. Siapalah kita.... sekadar insan biasa yg ada waktu kuat dan lemahnya....



                            Ada orang, rumahtangga macam ribut tropika, kalau sembang saja cerita nak berpisah lah nak bercerai la, tapi .. selang dua tahun dapat sorang... x faham la berkelahi stail apa gitu. Mungkin tu cara berkomunikasi kot



                             Ambil seekor ikan yg sgt mahal dan sedap. Letakkan di atas bekas dan biarkan disitu. Setiap hari pergi tengok, setelah seminggu, tafakkur sejenak. Apa perasaan tuan pada hari pertama tuan memiliki ikan itu berbanding hari ke tujuh setelah ikan itumula mereput dan berbau? Itulah kemanisan cinta dunia. Segalanya berubah mengikut keadaan dan masa. Di jadikan rasa suka pada ikan itu supaya kita berselera makan, dan dijadikan rasa benci pada ikan itu supaya kita membuangnya jauh jauh.



                             Kita resah, kita marah marah. kita merungut, kita memberontak! Kenapa? Anak2 kecil bila begitu tanda dia rindukan perhatian ibunya.. kalau orang dewasa? masih rindu ibu lagi? Itu tandanya dia jauh dari Penciptanya. Ambil sebiji kelapa, belah dan lihat airnya. Kena Dia jadikan air di tempat yg setinggi itu? Kerana Mahabbah, kasihsayangNya pada makhluknya yg lemah. sepertimana Dia menyediakan susu pada bayi yang baru lahir. Kenapa merungut pada kasihsayang yg kurang dari seorang suami? Sedangkan suami itupun belum tentu ke syurga atau ke neraka? Cari kasihsayang abadi, sgala galanya didunia ini hanyalah milik yg sementara dan akan binasa. Wallahua'lam.



                           Dalam bahagia ada derita, dan dalam derita ada juga bahagia. Itulah namanya kehidupan dunia.



                           mengapa kita selalu gelisah? Wang beribu mungkin berjuta tapi gelisah begitu menghimpit! Isteri cantik, anak2 comel tapi gundah tak pernah hilang! Fikirkan tentang ini. Jasmani manusia yg sihat memerlukan makanan, minuman dan pernafasan. Ada ketiga tiganya tenanglah jasmani sihat sasa tubuh badan. Tapi gelisah ini dari mana? Rohani. Rohani juga memerlukan makanan, minuman dan pernafasan. Makanan rohani itu apa? Ibadah yg cukup dan perkara2 sunat dan amalan2 yg baik. Minuman? Ilmu! Kerana itu kita sering rasa dahaga, dahagakan ilmu pengetahuan! Dan bagaimana pernafasan? Di sini ramai yang selalu terlupa! Rohani kita perlukan oksigen yang cukup dan satu satunya cara adalah Tafakkur! Melancung adalah sejenis tafakkur, melihat kebesaran dan kekuasan Maha Pencipta. Dan paling mudah, lihatlah apa ada sekeliling kita seperti melihat bulan naik dan turun pada waktunya dan matahari terbenam dengan warna yang meruntun rasa dan kembalikan rasa kagum itu dengan menyebut Subhanallah! Dan kembalikan puji pujian kepada Yg Maha Besar iaitu Alhamdulillah. Dan kecilkan diri lihatlah alam yg terbentang luas dan sebutlah Allahuakbar! Cubalah, Insyaallah.. gelisah itu akan berkurangan dan jika berjaya akan sampailah Sakinah (ketenangan).



                             Ini pendapat peribadi saja. Kadang2 saya rasa muak bila orang bercakap soal wanita mesti nak kena sebut cantik la seksi la muda la, barang baik la... dan bila orang dekat dgn lelaki mesti sebab ada benda yg dia nak, atau ada sesuatu yg kita boleh tolong atau ada perkara yg dia perlukan dari kita. Tak bolehkan kita letakkan perkara lain sama? Contohnya kerana sebuah persahabatan, kerana kita ada ikatan keluarga, atau paling tidak kerana kita seagama? Sampai satu masa saya rasa lebih baik saya duduk dihujung kampung, dan hidup seorang diri tanpa masyarakat. Apakah kebendaan terlalu menguasai setiap penjuru pemikiran dan kita nampak semua perkara adalah sebagai sumber untuk kepentingan kita? Syukur kerana pernah rasa susah dan bila susah kita tau siapa kawan dan saudara kita yg benar2 ikhlas



                               Pasangan bahagia ni biasanya ada tujuh rasa , suka sayang, benci, rindu, hampa, marah, dan curiga. Macam pelangi juga... ada tujuh warna dan tak semua warna itu sama banyak.. Kalau lebih rasa suka sayang dan rindu, tenang la pasangan tu.. seperti Merah Oren Dan Kuning dalam warna pelangi



                                Jeritlah ke seribu gunung seratus lautan sekalipun, yg pasti kamu tak akan mampu berbohong pada hati kamu sendiri.



                               Jika dia bukan jodoh kamu, andainya kamu nantikan dia dengan hamparan permaidani emas sekalipun.... pasti dia tak akan kembali lagi!



51)  sewaktu kita remaja, kita yakin pada seseorang. kita yakin dialah orang yang terbaik untuk kita, lalu kita bina mahligai rumahtangga bersamanya. dengan harapan, dialah yang pertama dan yang terakhir. panas tak sampai ke petang, hujan ditengahari, segalanya hancur di pertengahan jalan. kita mungkin berusaha untuk membina sebuah kehidupan yang baru, tapi kita tetap tak mampu melenyapkan kenangan bersamanya. mahu atau tidak, adakala hati begitu sayu, bila terkenangkan dialah yang pertama yg kita sentuh, dan dialah yang mengajar kita mengenali erti sayang dan rindu. pernahkah di belit rasa rindu pada seseorang yang telah lama pergi dari hidup kita? entahlah.. bukan sesalan.. tapi hanya kenangan.., yang tak bisa dilenyapkan!



52) membina perkahwinan itu sesuatu yang susah, tapi mempertahankannya adalah berkali ganda lebih sukar.



53) Ada orang yg berjaya dengan perkahwinan pertama, ada yang perkahwinan kedua, ada jugak yg kelima, keenam dan seterusnya. Apapun dan siapapun tak tahu siapa jodoh kita yang akan bersama hingga malam terakhir kita diatas dunia ini. Banyak banyaklah berdoa supaya jodoh kita itu boleh membimbing kita dalam syahadah terakhir nanti..


54) kita punyai seseorang yang kita sayang, yang jaga kita bila kita sakit, yang sediakan makanan sebelum kita bangun tidur lagi. apa lagi yang kita impikan? belajarlah lakukan perkara bersama sama. bina kesukaan yang mampu dikongsi bersama. belajarlah mendahului dia. Jadilah tukang masak yang lebih dari dia, jadilah tukang kebun yang lebih pandai menanam bunga darinya. Hasilnya apa? dia lebih hormat kita, dia lebih hargai kita dan.. rumahtangga kita insyaAllah sebuah syurga kecil yang dicemburui teman dan jiran jiran.



55) dalam perkahwinan, kebenaran itu tak semuanya indah. ada yang memiliki kebenaran yang diimpikan, dan ada yang menemui kebenaran yang menyiksakan. apapun, ia hanya sebahagian dari pengalaman hidup yang terpaksa kita lalui.samada kita akan teruskan dengan pasangan yang ada, ataupun ia hanya berakhir dipertengahan jalan, itulah kebenaran yang hakiki, kebenaran yang tidak bisa kita nafi. yang terbaik, jadikanlah pengalaman itu sebagai matapelajaran yang paling berguna untuk menempuh hidup yang mendatang.



56) baru kahwin jalan pegang tangan macam orang bercinta, lepas setahun suami pegang plastik goreng pisang, isteri dukung anak.Tapi jalan pun dekat dekat lagi. lepas lima tahun, suami pegang plastik buah rambutan, isteri pegang tangan anak, sebelah lagi dukung yg baby, jalan pun makin jauh dah. masuk saja sepuluh tahun jalan sama sama, tapi pakai handphone kalau nak bersembang! jauh sampai hilang! smile emoticon



57) nak bagi elok, bersederhana saja. jangan suka sangat jangan benci sangat. rindu pun berpada pada, lupa pun jangan lupa terus. cinta makhluk ni sementara, sifatnya binasa. tak usah seksa badan seksa hati. ala kadar cukup la.. kita hanya manusia yang lemah dan pelupa.



58) Betapa kuat pun kita sukakan seseorang belum tentu dia mampu memahaminya, betapa setia pun kita dengan seseorang, belum tentu dia mampu menanti kita dan betapa besar pengorbanan kita untuknya pun belum tentu dia boleh menghargai kita.



59) petua nak kenal wanita taat. cari masa dia keluar dengan ibu ayah dia. perhati saja.. kalau lepas ibu dan ayah dia makan hampir separuh pinggan baru dia makan, itulah calon isteri. tapi kalau ibu ayah baru nak basuh tangan dia dah habis sepinggan, maka.. cepat cepatlah cabut lari! 



60) apa guna menjadi kucing parsi, gebu bulu, comel dan ramai yg teringin nak dukung tapi hidup dengan rantai dan sangkar. lebih baik menjadi kucing kampung yang makan ala kadar tapi boleh ke mana saja!



61) Kita lihat seorang rakan, kita rasa dia sempurna dan gembira. Itu lumrah yang dipertontonkan. Disebalik semua itu hanya dia dan Allah saja yang tahu, tentang apa yang sedang dilaluinya...



62) ros tu cantik, ambik segelas air lepas tu celupkan ranting ros tu di dalamnya, insyaallah akan tahan lebih lama. isteri pun macam ros tu jugak, kalau kena cara jaga, bertahan lama 63) kecantikanpagi2 jangan buat muka comot, muka merajuk atau muka cam kucing nak mintak ikan! rezeki tak masuk! sembang2 dengan suami, dengan anak anak insyaallah akan jadi hari yang sangat positif! dia tu ..



64) Kita boleh bg kemewahan pada isteri kita tapi tetap satu yg percuma juga yg dia inginkan.. perhatian!



65) Adakala sangat sukar memahami hati lelaki walaupun tidur sebantal. Kerana dia tidak suka menangis dan dia tidak ingin dilihat lemah. Bila dia memendam rasa, dia akan lakukan sesuatu yang boleh membuatkannya terlupa. Jangan rantai dia dengan ikatan perkahwinan, tapi jadikannya raja dirumahmu yang penuh dengan kasihsayang dan penghormatan. Tapi, berapa orang yang mampu memahaminya?



66) Sepasang mata bundar, seperti kalisnya dengan seribu hentakan cabaran hidup. Dia melihat lagi ke arah lembah berpaya yang tidak berpenghuni lagi itu. Aku hanya mampu menunduk ke bumi. Aku tak memahami jenis apa manusia ini yang begitu ampuh menahan asakan peristiwa. Yang aku pasti aku sendiri tak miliki kekuatan sepertinya. Sekali lagi pandangan terarah ke anak mata berkaca itu, yang hadir hanya sebuah ingatan. Kamu manusia baik, kamu insan terpilih, kamu bukan aku, dan kalaupun kamu itu aku, aku tak pasti longkang mana aku akan tidur, kalau baik sekalipun , hampir pasti gelandangan akan menjadi rumah tidurku.
Wahai teman, kamu masih dinihari, kamu masih ada ruang berdiri, meskipun panas terik membakar diri, kamu miliki sesuatu, kamu ada sabar. Sabar kamu itu luarbiasa, kamu masih mampu tersenyum, seperti anak anak yang menggigit sekeping roti. Kamu sembunyikan segalanya, tapi di dalam kamu hanya Tuhan dan kamu yang mengerti, apa yang sedang kamu lalui. Dan aku belajar dari kamu sesuatu... erti sebuah sabar!



67) Bila seseorang melupakan kita.. kita adakala menyimpan satu harapan yg mungkin kita tahu ianya palsu. Kita mengharapkan walaupun dia lupakan kita tapi kita harap dia rindukan kita. Adakala rasa ini berbulan bulan dan mungkin juga bertahun tahun. Dan hati degil kita kadangkala amat sukar untuk terima satu kenyataan... dia telah pergi sejauh jauhnya!



68) Terlalu sukar untuk membezakan antara kasih dan kasihan. Ada orang tinggal bersama bertahun tahun tanpa cinta hanya berselindung di sebalik simpati.



69) Kita sering bertemu dengan seseorang yg kita tidak pernah tahu kisah silamnya. Ada orang yg bangkit dari kemusnahan dan ada orang lain pula sedang menuju kemusnahan. Kita hanya mampu meneka tapi segalanya banyak yang masih kekal misteri



70) Walaupun biasanya wanita diminati ramai lelaki tapi biasanya dia hanya perlukan seorang sahaja untuk membuatnya rasa bahagia



71) Sukar tapi selalu kena tanamkan dalam diri. Selalu kena anggap isteri kita sebagai 'insan paling comel'. Dan sesekali belikan sehelai baju atau tudung atau apa apa saja tanda kita masih berminat dengan kecomelan dia! Walaupun biasanya dia jarang pakai apa yang kita beli! Beli saja.



72) Dalam rumahtangga, jangan sesekali membandingkan kita dengan orang lain. Bila suami belikan kereta murah, jangan kondem dengan mengatakan rakan kita suaminya ada kereta yang mewah dan cantik. Mungkin dia cuba berjimat duit supaya hujung tahun dapat ahli keluarga sama sama dapat menikmati percutian yang indah! Bersangka baiklah.



73) Tak semua masalah rumahtangga bermula dengan suami. Ada banyak kes2 isteri dibesarkan dengan cara salah, terlalu dimanjakan atau terlalu di dera perasaannya oleh ibubapa sendiri. Kesannya ujud satu perasaan tidak yakin dengan diri sendiri, atau menganggap suami pun sama seperti ibubapanya. Kita boleh lihat emosi isteri pada diri anak anak. Andai anak2 selalu murung dan negatif, salah satunya dari ibunya sendiri. Kesan dari dibesarkan dengan cara yang salah dia juga akan membesarkan anak anaknya dengan cara yang salah juga. Bila kita rasa ini benar benar berlaku, suami mestilah menggandakan masanya dengan ahli2 keluarga. Tukar persepsi negatif yang ada, bina semula struktur pemikiran yang rosak itu. Banyakkan nasihat kerohanian, seperti memberitahu isteri tentang, kita mungkin tak selesa dengan ibubapa kita, tapi anak anak kita tak perlu melalui pengalaman yang sama. Sama sama bina syurga di dalam rumah sendiri. Insyaallah



74) ada waktu waktu lapang tu berceritalah apa apa dengan isteri kita. Menarik ka bosan ka cerita tu sekurang kurangnya kita dah lakukan satu perkara, kita dah tunjukkan yang kita suka bercakap dengan dia.. dan itulah yang orang tua2 dulu buat zaman takda TV takda internet!



75) Jangan dok komplen sangat orang rumah kita tak lawa sebab dia bukan..... MODEL!



76) apakah yang mendewasakan sebuah perkahwinan? bila berkahwin kena belajar terima keadaan aku suami orang atau aku isteri orang. Itu satu ikrar yang dibuat sewaktu akad nikah. Kadang kadang kita rasa, tak apalah ini untuk suka suka. Jalinkan hubungan teman tapi mesra! Bila ada masalah, mulalah meluahkan perasaan, meminta pendapat. Ini sangat sangat merbahaya dalam perkahwinan. Meminjam bahu, sedangkan yang di rumah menanti dalam kesamaran, yang keluar bekerja kadang terkeliru mana satukah yang perlu dibuat? Perlu ada chemistry, perlu belajar berbincang dari hati ke hati. Perlu gunakan komunikasi secara orang dewasa. Jangan marah marah, jangan menjerit atau paling mudah jangan membosankan pasangan kita! Bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tak bergelombang! Belajar menerima kita berkahwin dengan seorang manusia, bukannya malaikat!



77) bilakah rasa sayang seorang isteri itu berkurangan? 
bila nyawanya sudah berpisah dari badan!



78) Bersyukurlah kalau waktu bangun pagi, kita masih ada suami yang setia bersama dan anak anak yang sihat.



79) siapa yg tak pernah cium tangan suami dia langsung? ada lenguh lenguh ada luka luka kat tangan tu.. nak bagi anak isteri dapat makan pakai..



80) Rumahtangga tenang bila ada kepercayaan antara satu sama lain dan rumahtangga mula membina gelora bila mula ujud benih kesangsian antara kedua duanya. Bunuhlah benih kesangsian itu sebelum ianya mulai membakar rumahtangga kita.



81) mencintai seseorang masih bukan alasan yg terbaik untuk mengabaikan perasaan sendiri..



82) kahwin punya la lawa dapat, tengok depan cam ferrari, tengok belakang cam porsche! tapi bangun pagi tengok pinggan selambak dalam sinki. bila cik abang tanya jawapannya.." u ajer la yg tolong basuhkan, i takut kuku i rosak nanti kalau main sabun basuh pinggan tu, u sayang i kan?" alangkah bahagianya!



83) Bila kita lihat seorang ibu itu tersenyum, kagum kita dengan ketabahannya. Tapi kita jangan terpedaya dengan itu semua. Mungkin dia sudah kebas dengan penyiksaan, sudah lali dengan penderitaan, sudah lesu untuk mengeluh. Dia teruskan saja kehidupan yang penuh kepahitan itu demi anak anaknya. Tabahkan hatimu pada ibu ibu yang sedang melalui ini semua.



84) Berapa lama usia kita hidup? Dan berapa lama kita habiskan untuk mengingati sesuatu yang sangat2 membuang masa, seperti mengingati orang yang terang terang sudah melupakan kita?



85) Kita menghadap cermin, lihat diri kita dan bersungut. Ah! Alangkah huduhnya aku.. tapi kita terlupa kita sedang melihat satu wajah yang Pemiliknya berkehendak ianya begitu!



86) Kita sering terfikir tentang seseorang yang kita anggap milik kita dan dia akan setia sehingga nyawa di jemput Tuhan. Tapi kita seringkali terlupa, 'sidia' itu hanya pinjam pinjaman untuk urusan dunia yang sementara. Urusan kita yang abadi masih lagi untuk mencari keredhaanNya, dan redha 'sidia' hanya untuk sama sama memudahkan urusan duniawi. Mungkin ada waktu kita terluka kerana 'sidia' tapi usah dibazirkan airmatamu untuknya yang sama juga tak tahu lagi ke mana arah tujunya. Bersedih itu lumrah, itu rasa yang dianugerah pada setiap insan, tapi janganlah kesedihan itu dibawa ke mana saja sehingga kita terlupa yang kita sedang dilihatNya, dihitungNya, dirahmatiNya dan paling utama kita sedang berada di titian kita sendiri. Bangunlah di waktu orang lain sedang tidur dan menangislah untuk Kekasih yang sebenar benar Kekasih!



87) Bila saja seorang wanita itu sanggup hidup dengan kita, bermakna dia juga sanggup kumpul pakaian kotor kita, kasut stokin dan juga cuci tubuh badan kita waktu kita sakit dan tak berdaya. Wanita itu juga sanggup untuk besarkan anak anak kita, tanpa mengira cukup atau tidak nafkah yang kita beri. Dia juga menahan dirinya dari memilih lelaki lain yang lebih baik sewaktu bersama kita. Wanita itu selepas ibu kita adalah orang yang menjaga makan minum kita supaya kita tidak lapar dan dahaga. Kadang kadang kita marah dia sebab kopi tak dibuat tidak mengikut selera kita, kita juga marah sebab dia lambat buka pintu untuk kita. Tapi berapa kali dalam hidup kita, dia mendapat penghargaan di atas segala yang dia lakukan untuk kita? Berapa kali juga kita hadiahkan cenderamata untuknya? Kalau belum.. lakukanlah sebagai tanda terimakasih atas apa yang telah dia lakukan untuk kita..



88) Paling mudah mencari silap orang, paling susah mengaku silap sendiri!



89) Yang mudah kita lihat tentang isteri kita adalah kecantikannya, 

tapi yang kita sering terlupa adalah kesetiaannya..



90) mengapa masih menyendiri? mungkin si dia tersalah keretapi.. terpaksa patah balik untuk ambil keretapi yg betul dan datang semula. dia pasti datang cuma mungkin sedikit terlewat!



91) Ada satu kata yang mudah untuk diucap.. pergilah.. ,

namun ada satu rasa yang sukar di buang.. rindu..
mudah saja untuk berkata ya dalam hakikat tidak..



92) sesalan atau impian yang tak kesampaian, ianya tetap bernama kenangan. aku tak mahu apa apa lagi dari apapun yang tertinggal. aku hanya ingin menyimpan segalanya di satu sudut yang aku sendiri tak akan ke situ lagi. terimakasih kerana pernah hadir dan menetap di dalam hati ini..



93) Kalau rasa cik abang cam nak gostan jadi muda balik, ajak sembang, sambil sembang tu cabut la uban.. selai selai .. agak2 sampai segenggam tu.. tanya cik abang.. uban ni sapa punya?



94) Tanda isteri makin disayangi.. suami akan tanya isteri dulu sebelum buat apa apa, suami mintak pendapat isteri tentang baju apa yang nak dipakainya. Suami kalau nak makan diluar pasti akan ajak isterinya sekali. Dan suami jawab saja phone walaupun yg call tu seorang perempuan di hadapan isterinya. Dan jarang jarang orang buat, suami akan bawa isterinya bercuti walaupun bukan diluar negara ataupun menginap di hotel mewah. Dalam dunia ni, masih ramai lagi suami yg anggap isterinya sebagai kekasihnya.



95) Suami yang mulut ringan ringan ni biasanya setia. Sembang sampai naik bimbang, tapi balik rumah tak pernah pun berselang. Tak gitu?



96) dia tidak akan lapar selagi kita belum makan, dia tidak akan mengantuk selagi kita belum tidur dan dia sangat jarang diucap terimakasih...ucapkanlah......dia ibu kita.



97) Dalam diri pasangan kita ada tiga perkara yang biasa. Sesuatu yang kita sangat suka tentang dia, satu lagi yang kita tak kisah pun tentang itu dan paling sukar adalah sesuatu yang kita tidak selesa tentang dia. Yg suka dan biasa itu mudah tapi yang kita tidak selesa itu bagaimana? Kalau diri kita sendiri pun ada yang kita tidak selesa, dia juga manusia... bersabarlah atau bantu dia untuk menjadi lebih baik. Kelemahan pasangan adalah satu ujian bagi kerukunan rumahtangga, dan setiap ujian pasti ada hikmah yang menanti.



98) Apakah perkara pertama yg seorang wanita inginkan dari seorang suami? 
Kejujuran!


99) Kenapa wanita suka bunga? 
Kerana dia seorang wanita!


100) Perlukah tunjukkan rasa sayang pada isteri? Ya, kalau ingin mencontohi rumahtangga Rasulullah s.a.w



101) Mencintai seseorang bukan perkara mudah. Membenci seseorang juga bukan saat terindah. Mencintai dan membenci orang yang sama, kemudiannya rindukannya, biarkan dia pergi kerana percaya, andai cintanya itu benar dia pasti akan kembali juga walaupun untuk seribu tahun lagi!



102) Kita beli sebuah beg. Bawa pulang dan sampai ke rumah, kita sedari ianya telah hilang dalam perjalanan. Ia hanya sebuah beg yang belum berjasa pada kita, belum lagi digunakan. Kita mungkin patah balik cari atau sentiasa tercari cari untuk berhari hari atau berbulan bulan. Bayangkan bila hilang dua pasang tangan, yang sering mendukung kita sehingga kita boleh berjalan sendiri, menyuapkan kita sehingga kita boleh membesar dan marah marah pada mereka. Tangan tangan itu juga yang menghalau nyamuk sewaktu kita tidur, dan tangan tangan itu juga yang memetik buah untuk kita makan sedikit dan membuangnya. Kalau kamu masih ada tangan tangan itu, hargailah mereka.. andai kamu sudah kehilangan kedua duanya, angkatlah tanganmu buat mendoakan mereka



103) Carilah isteri yg cantik pada mata kita. Kecantikan umpama pisau, kalau terlalu tajam boleh melukakan diri sendiri.



104) Kebahagiaan rumahtangga. Bila kita bersangka baik dengan apa yang dijodohkan untuk kita. Bila kita bersyukur dan berlapang dada dengan jodoh kita. Dan bila kita mendahulukan redha Allah dalam urusan rumahtangga.



105) Waktu bilakah kita sangat rindukan ibubapa kita?

Waktu bila kita telah pun kehilangan keduanya untuk selama lamanya...



106) Jgan sedih kalau kita tak mampu bagi hadiah mahal pada anak anak, tapi berusahalah untuk bagi masa kepada mereka. Masa itu emas tapi sebenarnya ia lebih berharga dari segala yang pernah kita miliki



107) Ayah yang hebat bukan sebab dia Tan Sri atau Dato', tapi sebab sesibuk manapun dia, pasti akan ada sedikit ruang masa untuk anak anaknya.



108) Kita beli sebiji durian, durian tu sedap, dan kita makan sampai kenyang. Bila kenyang kita rasa sedap dan buang saki bakinya. Satu orang yang lain dia beli sebiji durian, dia bawa balik rumah, di rumah anak2 mula berebut nak mintak si ayah bukakan cepat cepat. Masing2 nak bahagian yang lebih. Si ayah pun buka durian tu, makan la semuanya , yang kecil dah penuh mulut sebab belum pandai makan lagi. Yang lebih dari anak anak, ayah pun makan. Ibu pun tanya ayah, kat mana belinya. Berterimakasih pada si ayah, anak anak pun peluk ayah tanda suka ayah bawa balik durian yg sedap. Tahukan apa nilai sebiji durian? Didalamnya ada saat saat indah yang akan diingati oleh anak anak walaupun setelah berpuluh tahun si ayah telah tiada.



109) kenangan lama. satu masa dulu seseorang bila lipat baju dia akan letakkan baju yg berlainan dibahagian atas setiap hari. kalau tidak alamatnya saya akan pakai baju yg sama setiap hari. apapun terimakasih kerana pernah menjadi sebahagian dari hidup saya.



110) menikmati perkahwinan bukan hanya sekadar sebulan dua selepas majlis resepsi. perkahwinan untuk seumur hidup, perkahwinan untuk membina generasi. bulan madu hanya tempoh menyesuaikan diri. bila kita bersalam dengan jurunikah, kita menggenggam amanah. dan bila pengantin perempuan mengangguk bermakna dia sudah bersedia melupakan alam remajanya. adakalanya kita terlupa, pergilah berbulan madu lagi.. untuk saling mengingatkan tentang janji dulu dulu



111) Dalam rumah kita, kita ada kuasa.. memilih untuk menjadikannya syurga atau neraka. Pilihlah yg terbaik.



112) setiap orang pasti ada detik detik terindah dalam hidup yg begitu sukar dilupakan. detik yg boleh buatkan kita tersenyum seorang diri. andainya mampu diulang kembali semua itu... ingin sekali segalanya diulang lagi.. ulang lagi.. sehingga kita terlupakan segala resah hati. tapi.. tiada jutawan mampu membeli masa lalu...



113) Kalau jelak dengannya sekalipun jangan disakiti dia, kalau bosan dengannya juga janganlah dihancurkan hatinya. Hari ini mungkin dia perlukan kita... mana tau satu hari nanti kita juga memerlukan seseorang sepertimana dia perlukan kita hari ini.



114) Ada orang sgt pintar menyatakan apa yg dia rasa. Ada orang lain yang masih tercari cari bagaimana nak menyatakannya. Ada orang yang boleh saja memetik bunga liar di tepi jalan dan menghulurkan pada pasangannya dan menyebut saya sayang kamu. Bertuah orang tu. Tapi ada orang yg langsung tak pernah menyebut perkataan sayang walaupun dia sebenarnya begitu ikhlas sayangkan pasangannya. Jadi.. jika pasangan kita agak dingin dalam perkara ini, jangan anggap dia tak endahkan kita, mungkin dia tidak biasa dengan keadaan tu. Mungkin juga dia jenis yang akan peluk dan cium kita hanya bila kita sudah nyenyak tidur



115) Satu masa dia kenalan kita kemudian jadi kawan, kekasih dan akhirnya mungkin isteri atau suami kita. Tapi hujan di tengahari, jodoh tak kekal lama. Ada orang memanggilnya perpisahan, perceraian atau apa apa saja. Yang pastinya dari kawan kepada pasangan dan kemudiannya kembali semula menjadi kawan! Tiada perpisahan yg ada hanya bertukar status yg mungkin boleh saja kembali menjadi pasangan. Mungkin kita boleh belajar menerima suratan takdir, apa yg direzekikan pada kita, sekadar mana. Redha dengan ketentuanNya dan kembali membina persahabatan. Kalau bukan untuk kita, binalah untuk anak anak. Bumi mana tak ditimpa hujan!



116) Pasangan paling bahagia di dunia sekalipun pasti ada masanya bermasam muka, berselisih faham. Tapi mereka bahagia kerana mereka faham selisih faham itu satu proses untuk saling memahami. Boleh saja untuk tidak bersetuju tapi jangan sesekali melampaui batas. Boleh saja berhujah tapi jangan sampai menghina atau merendahkan pasangan kita. Kita kena terima pasangan kita itu tak sempurna dan kita juga tak sempurna. Yang menyempurnakannya adalah ikatan dan kesefahaman antara sesama kita. Cuba belajar untuk menerima teguran dan pantas memaafkan kesalahan kecil...



117) Ada banyak lg kelebihan seorang wanita selain dari cantik. Adakah dia taat, adakah dia mampu melahirkan anak, adakah dia suka menjaga anak anak, adakah dia pandai memasak.. dan macam macam lagi. Lihat seorang wanita, jangan terpedaya dengan sekadar cantik, tapi pejam mata, lihat dengan mata hati.. nanti Insyaalah nampak 'diri' dia yg sebenar



118) membuat pilihan adakala memang sukar. kita nampak dia baik tapi kadang2 nampak macam jahat pulak. nak pilih takut, nak buang sayang. disini kadang2 kita terperangkap. kahwin sebulan laki dah mula tidur dengan jarum, cakap macam orang dlm syurga. yg perempuan belum habis inai di jari, ada kawan2 lama dah calling2 ajak karoke la dangdut la tunjuk lampu la. masuk saja tiga bulan dah mula mai maki hamun dan sepak terajang. jadi, nak buat macamana? takkan la tak kahwin2 sampai tua kot? pakai petua orang lama lama. Kalau ada dua orang pilih siapa yg paling kurang kezalimannya, kalau seorang pilih dia kalau kebaikan dia melebihi keburukannya. waktu muda pilih cinta, waktu nak kahwin pilih personaliti. Insyaallah.



119) Kalau ada orang tengok kita selekeh, dia anggap kita miskin melarat.. senyum saja kerana dia masih mengekalkan kebodohannya. Selekeh atau uptodate adalah carahidup orang tu. Pernah jumpa kan, orang hensem pakai kot, tapi kereta mati merata jalan! Atau orang tua pakai Tshirt Pagoda tapi dalam bank ada berjuta juta. Jangan terlalu mudah membuat kesimpulan.



120) Kita tunjuk sikap pemarah pada anak anak. Depa kecik dan tak berdaya.. dan terpaksa telan apa saja yg kita maki hamun atau tahan sakit bila kita pukul. Tapi ingatlah hidup umpama roda.. satu masa depa akan jadi orang muda yg kuat dan gagah dan kita akan jadi orang tua yg lemah. Apa nasib kita waktu tu? Ubahlah sebelum terlambat



121) Realiti dalam fb, yg kita gambarkan adalah mercedes, tapi hakikat sebenar hanya sebuah proton saga lama kaler merah yg cat pun dah pudar!



122) Boleh saja kita menangis, tapi jangan sesekali kita mengeluh. 
Boleh saja kita rasa sendirian tapi sesekali terasa dilupakan. 
Boleh saja kita rasa keterasingan tapi jangan sesekali rasa tidak dipedulikan....juga..
Boleh saja kita rasa kita keseorangan, tapi jangan sesekali kita lupakan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang



123) Org lelaki lipstick x pakai bedak x payah tempek.. rantai subang pun xda.. pad x guna.. dan tudung pun x gaduh. Tapi ygpeliknya pasai apa bila hujung bulan duit lelaki habis dulu?



124) Sebelum kahwin hot sangat sangat, penuh friendlist fb, wassup pun macam kelip2, lepas kahwin lagi hot! Hot dalam dapur! 



125) Ada waktunya, kita hanya kita sendirian, mungkin sunyi mungkin terkenang nostalgia, lalu kita rasa rindu sangat. Walaupun kita tahu ianya tak mungkin akan kembali lagi. Lumrah, kita manusia. Ada sudut hati kita yang sangat ikhlas menyayangi seseorang, dan ianya amat sukar untuk dipadamkan. Ingatilah, kenangilah.. mungkin itu saat terindah dalam hidup kita, mungkin juga itu anugerah pada kita. Mungkin rasa itu pada almarhum ibubapa kita, pada bekas suami atau isteri, atau.. mungkin juga pada seseorang yang pernah kita bersandar bahu padanya. Kita hanya manusia, selagi kita punyai rasa.. segalanya akan terus begitu sehinggalah kita dipanggil menghadap Yang Maha Esa.



126) Jagalah isteri kita sebaik baiknya, kerana disitu ada pintu ke syurga untuk anak anak kita


.

127) Mungkin isteri kita tak secerah isteri orang lain, mungkin jugak tak secantik orang lain, atau mungkin jugak tak seseksi orang lain. Tapi itu masih bukan lesen untuk kita mengabaikannya. Apatah lagi menyakitinya. Mungkin jodoh kita yg tu sebab kita pun tak sekacak orang lain, atau tak sekaya orang lain! Cermin ada kan kat rumah? Gunakanlah sebaiknya.



128) Laki kita masuk tahun ni dah lapan kali konvoi motor sampai ke Chiang Mai.. hebat stamina!
Laki orang.. masuk tahun ni dah lapan kali pi umrah.. hebat jugak la



129) Nak yg gebu nak yg comey.. boleh, tapi nak habaq siap siap la..
MAINTAINANCE TINGGI!



130) Kita cari wang yg banyak, satu masa kita lelah juga. Kita cari nama besar satu hari kita bosan juga. Kita cari cinta yang setia, satu hari akan terpisah juga. Mungkin kita kena cari seuatu yg tidak lelah, tidak bosan dan kekal... cari cinta Allah.



131) Tanda sayang seorang isteri. Apabila dia menjaga aurat dan solatnya supaya suaminya tak menanggung dosanya. Apabila dia menjaga makan minum suami dan anak anaknya walaupun tak dibayar upah. Apabila dia menjaga harta dan milik suaminya dan miliknya supaya sentiasa bersih dan selamat. Dan apabila dia menjaga tuturkatanya supaya suaminya sentiasa rasa senang hati bila pulang kerumah. Dan sayang itu insyaAllah berkekalan hingga ke negeri akhirat.



132) Lelaki sukakan wanita yang suka bersembang
bukan yang suka berleter
Lelaki sukakan wanita yang ambil berat
bukannya yang queen control
Lelaki sukakan wanita yang responsif
bukannya yang terhegeh hegeh
Lelaki sukakan wanita yang pandai bawa diri
bukannya yang pandai bawa mulut
Lelaki sukakan wanita yang pandai memujuk
bukannya yang kuat merajuk
Lelaki sukakan wanita yang pandai memasak
bukannya yang sekadar pandai beli
Lelaki sukakan wanita yang sedikit pemalu
bukannya yang bising tak kira waktu
dan
Lelaki sukakan wanita seorang ibu
bukannya sekadar pandai dan berilmu. 
-nanhasan



133) Suami ni bila ditanya, abang x kisah ka isteri chubby sikit, selalunya dia akan jawab, tak apa tak kisah sgt pun. Tapi betulkah dia benar2 tak kisah ataupun dia cuba buat buat tak kisah?



134) Ada orang yg suaminya x mampu beli itu ini, tapi selalu balik awal dan hantar anak ke sekolah, kadang2 berkebun belakang rumah tanam pisang tanam sayur. Ada pulak orang yg suaminya sebut saja apa semua boleh dapat, tapi balik rumah macam balik hotel. Makan pun macam makan kenduri seminggu sekali pun payah nak makan sekali. Mana satu pilihan hati?


135) Adakala kawan2 minta tolong kita jaga anaknya untuk beberapa puluh minit, setelah dia datang balik, kita merasa sangat lega. Bayangkan isteri kita yang menjaga anak2 kita selama bertahun tahun, adakah kita sudah bagi sedikit kelegaan pada mereka? Lakukanlah untuknya walaupun untuk sekali dalam seumur hidup!


136) Suami hot ni yg biasanya susah nak tergoda dengan gedik wanita lain, yg selalu nak balik awal sebab nak tolong isteri di rumah, dan selalu menjaga kekemasan dan kesihatannya untuk isteri dan anak anaknya. Suami suami ini juga biasanya sangat penyabar dan mudah memaafkan kesalahan isterinya. Paling penting dia seorang pendengar yang baik pada isterinya dan pencerita yang baik kepada anak anaknya. Tapi kan.. susah nak jumpa kot 


137) Dalam hidup dua orang, kita cuma perlu buang dendam dan simpan kenangan indah. Tak ada orang yang mampu bahagiakan kita kecuali kita dan dia. Selalu anggap dia yang terbaik dan cuba lakukan yang terbaik. Selain dari itu? Berserah.


138) Isteri cantik, kemas dan wangi. Apa untungnya pada suami? Kajian menunjukkan punca utama kematian masakini bukan lagi penyakit seperti barah dan penyakit tua tapi stress! Jumlah pesakit yg meninggal akibat serangan jantung dan strok mendahului yg lain lain. Isteri cantik, kemas dan wangi adalah satu kelebihan yang boleh membuatkan suami lebih merasa tenang dan gembira sekaligus meredakan tekanan pada jantung. Besar kan sumbangan tu pada suami? Tapi macamana la pulak dengan suami? Tiba tiba terasa macam nak kena pi buat facial la pulak!


139) Dalam bilik ada tiga almari baju. Isteri dok nganga lg selak pi selak mai. Suami tunggu kt luar nk pi makan kenduri. Rokok empat batang dah cucuh. Isteri x siap jugak. 'Sayang! Cepat la sikit.'
,Abang.. sat la xdak baju nk pakai ni!' . Suami pegang dahi.. dok pikiaq. Habih yg belambak dalam almari tu guni beras ka


140) Bila kita bersama seseorang dan kita yakin dialah orang yang kita pilih, ingatlah satu perkara, jangan diungkit kisah silamnya, tapi pandanglah ke hadapan kerana disitu kita akan pergi bersama sama dengannya


141) Kalau kamu tahu tentang seorang wanita, kamu pasti tahu tentang... dia seorang yang sangat mencintai kekasihnya tapi kesetiaannya hanyalah pada suaminya!


142) Sekalipun kita pernah gagal dalam perkahwinan, bukan bermakna kita gagal dalam hidup. Menjadi duda bukan lesen untuk berpoya poya, juga menjadi janda bukan juga permit untuk memburu lelaki! Kegagalan itu mungkin satu ingatan kepada kita, membuat pembetulan mana kekurangan yang ada. Atas alasan apa sekalipun perpisahan itu, anak anak mestilah menjadi keutamaan. Siapapun akan rasa sedih, rasa sunyi. Itu sudah lumrah, tapi janganlah kesedihan dan kesunyian itu di laung laung dijaja jaja, takut tertumpang bahu si pisau cukur, takut terpinjam bahu sang buaya bertaring emas


143) Dalam rumahtangga kita,biarlah miskin dengan hartabenda, 
janganlah miskin dengan kasihsayang.


144) Apabila selesai akad nikah maka bermulalah satu tugas baru kepada seorang isteri. Sebagai seorang isteri, tukang masak, tukang cuci pakaian, pengasuh anak, penghantar anak ke sekolah, tukang kebun dan tugas tugas sampingan lain. Suratan atau kebetulan?


145) Kita tidak boleh berkahwin dan mengharapkan bulan madu yang ada kekal hingga ke akhir hayat. Bulan madu itu satu hadiah yang amat indah. Tapi mengekalkan rasa seperti masih berbulan madu itu mesti diusahakan bersama sama. Kekalkan kemesraan, tunjukkan rasa sayang, dan sentiasa menghargai pasangan kita. Ada pasangan yang sehingga lanjut usia tapi masih bersama ke mana saja, ada pula yang baru menjejak sebulan usia perkahwinan sudahpun membuka fail perceraian. Tak salah jika kita sekali sekala bawa pasangan kita makan di tempat yg kita pernah makan sewaktu bercinta dulu, atau hadiahkan sesuatu walaupun kecil tanda kita masih sayangi dia sama seperti selepas diijabkabulkan. Tak susah kan?


146) Ayah pulang ke rumah, sampai saja ambil baju bersepah, letak dalam raga, kemudian basuh. Petang saja ayah mula di dapur, berebut kuali dengan ibu. Malam saja makanan dah tersedia. Mahu masuk tidur, ayah pun ada sekali, ayah selalu bercerita tentang apa akan jadi kalau anak itu baik atau jahat. Jadilah ayah kepada anak anak dan suami kepada seorang isteri.


147) Perkahwinan itu tidak menjadikan seorang suami itu pemandu kereta dan seorang isteri itu pembantu rumah. Suami mestilah selalu menasihati isterinya tapi adakalanya suami pulak perlu mendengar pandangan isterinya juga. Rendahkan ego tanpa perlu membuangnya, dan isteri juga kena buang sifat keanak anakan walaupun adakalanya perlu untuk sedikit kemesraan. Ingat dan saling memperingati yang perkahwinan itu bertujuan untuk kesenangan dan kebahagiaan bersama sehinggalah ke hujung usia.


148) Tanda sayang kita pada seseorang adalah memaafkan kelemahannya dan berusaha untuk sama sama memperbaiki kelemahan dirinya dan yang lebih penting memperbaiki kelemahan diri kita juga.


149) Untuk merasa bahagia, kita tidak perlu buktikan apa apa kepada sesiapa. Jalani hidup seperti biasa, sama seperti orang lain. Usah ingin menjadi terlalu unik atau luarbiasa. Ramai yg merana kerana terlalu ingin buktikan sesuatu, kemudian perpisahan berlaku juga dan segalanya hampir musnah. Kebahagiaan kita tidak boleh ditentukan oleh orang lain. Andai begitu, sama seperti jasad kita bebas tapi hati sedang terpenjara. Usah, usah dan usah terlalu ingin buktikan sesuatu!


150) Kenapa wanita menyukai emas? Bila wanita menjadi isteri, kemudian menjadi ibu. biasanya anak anak ini akan bersamanya sehinggalah mereka membesar. Emas ini adalah wang dalam bentuk perhiasan dan boleh digunakan bila bila masa memerlukan. Andainya terjadi sesuatu pada siayah, contohnya si ayah gantung tak bertali atau meninggal dunia, si ibu akan terpaksa bergantung pada apa yang ada. Dan di sini, fungsi emas sebenarnya adalah insuran kepada dirinya dan anak anaknya.


1)      Selamat Tinggal Cinta – Monolog

                Ros, malam semakin kelam. Di hujung jambatan, seorang lelaki sedang membaling umpannya ke laut. Ada resah di matanya. Mungkin dari asap lampu gaselin yang terpasang. Aku sesekali membelek tali pancing yang sengaja kutinggalkan disitu. Di angkasa, bintang bintang bergemerlapan seakan merayakan sesuatu. Ros, nama kamu juga yang terpanggil. Nama yang sudah bertahun ku sebut setiap hari. Kamu manusia istimewa, kamu mungkin bukan insan paling jelita, tapi kamulah yang merajai hati ini pada setiap detik dan waktu. Wanita suku abad yang ku temui secara tidak sengaja, tapi cukup untuk membangkitkan resah sehingga ke hujung usia!

                Ros, kalau kamu disini pasti tadi kamu akan lihat bola cahaya yang amat indah. Pantas memasuki atmosfera dan terbakar seperti sejalur bunga api yang kita sama sama lihat pada pesta hujung tahun. Malangnya, malam ini hanya aku sendirian disini. Ros, aku bukan menolak takdir, tapi aku hanya manusia lemah yang adakala terpaksa bertahan hanya kerana sebuah cinta. Kamu dalam dunia kamu, dan aku dalam dunia aku. Seorang pelukis yang hanya ingin melakarkan sesuatu untuk dikongsi bersama insan lain. Kamu dalam dunia rancak, dunia dewan muzik yang bingit dan bukanlah satu tempat untuk aku. Dunia yang dikatakan moden, penuh tenaga.

                Ros, dewan itu pada aku hanyalah sebuah makmal palsu yang melahirkan kegembiraan sementara. Dewan itu hanya terisi dengan manusia leka yang paginya bangun lewat dan malamnya penuh dengan gelak tawa yang meloyakan. Ada pemuzik yang entah begitu popular yang bekerja sedangkan anak di rumah terlena dalam dakapan bantal busuk! Ayah, mengapa ayah tak menjadi seorang guru, malam malam sebelum tidur ayah boleh bacakan kami buku buku cerita. Ayah, kenapa ayah sering pulang dengan baju berbau hanyir yang mesti dicuci setiap pagi oleh ibu? Anak anak itu lena dan kemudian bangun dalam dengkuran ayahnya. Hanya ibunya yang bangun seawall pagi menyediakan juadah pagi untuk mereka bertiga ke sekolah.

                Ros, aku memilih untuk katakan sesuatu pada kamu. Aku sangat menyayangi kamu, mencintai kamu! Tapi aku harus melihat ke dalam dunia nyata. Aku harus melihat  restu Tuhan untuk aku merencana sesuatu. AKu tidak mahu bangun seawall pagi untuk melihat kamu dipapah pulang hanya kerana seorang rakan kamu merayakan harijadinya! Ros, dunia kita berbeza. Dunia kita penuh garisan antara hanyir arak dan busuknya dakwat lukisan. Aku rela dianggap ortodoks hanya kerana menolak semua itu. Segalanya suatu ketika di zaman jahil aku sudah melihat segalanya. Dan semuanya hanyalah berakhir dengan kepalsuan! Ros, pasti nanti kita akan miliki anak seramai mungkin! Siapakah yang akan membaca buku buku cerita sebelum mereka tidur? Dan sedaya mungkin, aku tak mampu melihat kamu di gesel lelaki lelaki galak yang tak pernah puas dengan seorang wanita!

                Ros, malam ini aku sendiri, sendirian untuk segalanya. Sendiri setelah aku nyatakan pada semuanya tentang kita tak mungkin bersatu. Ada juga manik manik kecil merenjis mata , mungkin tanda saying yang teramat dalam! Ros, kalau aku mahu, pasti aku akan berkata ya, tapi aku mesti melihat segalanya dengan matahati. Aku bukan hidup menongkat dunia, aku manusia kerdil yang ada waktu kuat dan lemahnya. Dan di kala ini aku dapat merasakan yang dunia kita semakin jauh.  Aku semakin hanyut dari ingatanmu. Yang pasti, aku ingin di waktu malam begini, menghirup udara segar sambil bertafakur kepadaNya! Tapi, bagaimana aku mampu kusyuk jika dalam setiap kerdipan mata aku hanya terbayangkan pinggul kamu rakus dipeluk orang? Aku bukan manusia dayus! Aku juga punyai harga diri.

                Ros, loceng joran berbunyi kuat, meluru ke sana, sederas mungkin mengayuh pemegangnya, aku mendapat seekor anak terisi yang mungkin cukup untuk dibawa pulang sebagai ole ole. Disini aku terbayangkan anak anak kita nanti, akan bertanya “ Ayah, mama mana?”,

                Apa yang mampu aku ceritakan pada mereka? Mamamu ada urusan sendiri? Atau mamamu berhibur bersama teman teman? Atau mamamu tidak puas dengan hanya ayah seorang yang melihatnya? Ros, segalanya semakin jelas, sejelas kutub utara di kala angin barat laut  bertiup. Di sana aku melihat mungkin aku harus mencari sekuntum mawar yang belum terpalit dengan kotoran. Ada mawar di sana menanti, mawar itu mungkin tidak segenit kamu tapi cukup untuk menjadi seorang ibu yang malam malamnya menemani anak anakku sebelu tidur! Aku tidak mimpikan seorang puteri kayangan, tapi cukuplah seorang insan yang mampu berterimakasih kepada Penciptanya. Di waktu ini, aku semakin kuat untuk melupakanmu. Aku hanya perlu berdoa, agar mawar yang tersembunyi itu ku petik sebagai surihati. Mawar itu bukan milikku, tapi aku percaya andai ikhlasnya doaku pada Rabbul Alamin, Dia miliki segalanya, dan mawar kepunyaanNya itu biar kupinta sebagai ibu kepada anak anakku!

                Ros, malam semakin larut, jauhnya Musytari berkelip kelip, sejauh itu kamu dari aku, dan fajar yang bakal menyingsing, pastinya akan terus melenyakannya dari pandanganku. AKu berjanji , aku tidak lagi akan mengomel, akan berpaling kembali untukmu. Kamu sekuntum Ros indah yang yang sangat diidamkan, tapi kamu bukan untuk aku. Aku hanya mampu untuk sekuntum mawar desa yang bertempekkan beduk sejuk, tapi senyumnya seperti air terjun, dan tuturnya seperti kocakan air dari ikan ikan kecil yang menghuni denai!

                Selamat tinggal cinta! Malam ini aku berjanji pada mata, bersabarlah jangan alirkan apa apa, berjanji pada hati, bersabarlah pada ketentuanNya, mungkin dia ingin berikan kamu sekeping hati yang mampu setia pada kamu dan mendengar kata. Saat ini , aku melihat di penghujung jambatan, lampu dari motosikal itu seolah olah satu sinar baru yang akan menerangi hidupku. Perlahan lahan, aku pasti akan lenyapkan terus kamu dari sebutan, dan andai mawar itu datang, pasti akan ku jaga kamu dengan penuh cinta dan iman. Agar sama sama kita abadikan hidup kepada Pencipta, bertemu Allah di Padang Mahsyar dengan anak anak kita sekeluarga! Ya Allah, aku serahkan hati resah ini padaMu, aku sudah tak berdaya untuk mengubahnya, hari ini aku akur dengan takdirMu. Ya Tuhanku, pasti ada perkara baik dariMu untuk aku, dan biarlah apa yang Kamu tentukan itu akan menjadi sesuatu yang terbaik untuk aku.  Amin Ya Rabbal Alamin!


2)      Mengingatimu...

           Hidup  ini  satu perjuangan, hidup ini juga penuh kekhilafan. Mengingatinya, Merinduinya.. sampai saat ini.


           Sayangr, sejauh manapun engkau pergi, sepantas manapun kau berlari, pasti... akan ada laungan sayang, bingkisan rindu. Sang Kelana ini bukan meminta untuk dirimu kembali ke ribaan ini. Hanya.., sekadar ingin mengingatimu.


             Sayang, barangkali dirimu bahagia, barangkali penuh hilai tawa, mungkin bersama anak kecil yg seusia perpisahan kita. Sayangilah dirinya sepertimana aku disayangimu. Cintailah dia sebagaimana tulusnya cintamu padaku. Aku.. dari kejauhan hanya mampu sekadar menadah tangan.. memohon dariNya..bahagiakanlah dirimu kerana sunguh sungguh aku tak ingin melihatmu .. menangis lagi. Walaupun aku bukan pilihanmu atau apapun alasannya.. cinta ini tidak pernah mudar, cinta ini mati disini, kekal dan bersemadi hingga ke akhir nyawa. Tiada sesuatu yang mampu menggantikan itu, tidak jua tertebus dengan nilaian apa apa. Hanya yang aku paling mengerti, dalam usia yang semakin di ratah senja, aku masih remaja dalam percintaanku, dan paling naif dalam ... Mengingatimu.


             Aku rindukanmu sayang, tetapi aku harus mengerti...

             Mencintaimu tak bererti memilikimu...


3)      Diari Sepasang Mata..

        Dulu... mata ini sering ke daerah berbukau, menjinjing raga berisi.. Menurut jejak seorang ibu yg telah lama kembali. Ibu itu wajahnya terlalu ikhlas, ibu itu tak pernah merintih kepenatan. Mata kecil ini petah melihat ikan ikan kecil di kali tepian danau yang telah hilang ditelan masa. Ruang hatinya penuh kerinduan, penuh kasih sayang. Dia tidak memilih untuk berbaju baru dan cantik, sekadar apa yg dihadiahkan oleh ibunya.. matanya tersenyum girang. Tanpa televisyen, tanpa alatan baru... mata ini tak pernah menyesali semuanya. Yang dia tahu... melihat wajah seorang ibu, merasai kasihsayangnya, menghargainya setiap keringat yg tumpah ke bumi untuk membesarkannya.


        Harini , mata ini semakin dimamah usia, terlalu banyak merasai kehilangan.... Tanpa ruang untuk mengutip waktu waktu yang tertinggal, dia semakin gelojoh melihat dunia. Menyintai seseorang, melupakannya... kembali cuba bangun dari mimpi yang panjang.. mimpi sekadar mimpi. Mata itu selalu mengintai ke luar jendela, melihat anak anak kecil berlarian.... melihat masa lalunya. Wahai mata, sekakan apa yg tertumpah, kerana ia tak akan kembali lagi, ia tak akan mampu diulangi... Taburkanlah apa yang termampu untuk membuat seseorang tersenyum dan gembira. Abaikanlah cintamu walau bergunung harapan yang ada.


         Wahai mata, senyumlah kembali, lihatlah di hadapan. Bila waktu terluang, usapkanlah dua batu tanda yang melenakan jasad yang suatu masa engkau pernah menangis dan tertidur diribaannya... Sampai di sini mata ini tak mampu membayangkan apa apa lagi, hanya kerinduan yang tak pernah pudar walaupun sedetik....



4)      Tentang dia...

           Bertemunya suatu rahmat. Aku mengenalinya berbicara tentang dan hidup. Aku mengkaguminya dan mendapat sesuatu dalam hidup. Seperti takdir yang berulang, perlahan lahan tanpa meminta diri dia akan pergi atau.. mungkin telah pergi. Tanpa di sedari, matanya ke arah sana, ke suatu tempat yang mungkin terbaik buatnya. Persis sang helang pantas mengepak sayap, terbang dan hilang di telan kabus.


          Aku di sini, masih seperti itu, masih menunggu, masih tersisa harapan yang entah bila akan kesampaian. Aku berbicara pada bulan, pada bintang. Nafas yg terhembus dibawa angin yang berlalu. Pada seorang teman, seorang akrab, aku mendoakan biarlah dia segalanya buatmu. Biarlah dia membuatmu tertawa, biarlah dia mengubat derita.


          Sekali lagi, aku menadah tangan menghadap Maha Pencipta, aku relakan segalanya, aku terima semuanya, walaupun aku tahu, sebanyakmana pun aku tersenyum, mata ini bening sebening beningnya dan... 

           hanya mampu melihat deraian ombak yang pecah berderai.. terhempas ke batu.


5)      monolog untuk nur…..

Nur,


    Kamu tahu tentang bulan itu? Atau kamu telah melupakan segalanya? Suatu masa dulu, kita sama sama merenung

bulan itu, bercerita tentang masa lalu, tentang harapan kita juga. Bulan itu menerangi segalanya, juga untuk

aku melihat wajah kamu. Bulan itu melihat sewaktu kamu merebahkan tubuhmu ke dalam dakapanku. Mungkin ia tersenyum

melihat luhurnya kamu tersenyum sewaktu dahimu diterjah panas bibirku.. Aku mengingati segalanya, seperti baru

semalam ia berlalu.. Namun, aku terlupakan sesuatu.. segalanya hanya sementara.


Nur,


    Betapa pantas masa berlalu, ombak yg lalu membawamu jauh dariku, merenggut segalanya. Aku hanya mampu menghela

nafas, melihat cinta itu yang berakhir ke jinjang asmara. Yang tertinggal...., aku berjalan jatuh, membilang pepasir,

dan lautan yang amat luas. Adakala, aku merasakan dunia itu terlalu bengis, pemarah dan kejam. Namun, untuk apa?

Semuanya tinggal tanpa jawapan. Langit merah itu saban hari tak pernah jemu, meratah hati kekasih. Aku tidak membenci

kamu, walau telah terdetik untuk aku meminggirkan segalanya. Aku bukan siapa siapa, bukan jua apa apa.


Nur,


    Segalanya tinggal kenangan, segalanya hampir ternoktah! Aku ingin bercerita tentang seseorang yang datang

duduk disisi dan melihat sesuatu yg sama kita nikmati dahulu. Aku tak mampu menggantikan rindu kamu, cuma aku sekadar

manusia biasa. Luka yg harus dibaluti, darah yg harus diseka, ada mata yg kebasahan, ada luluh yang terpasrah. Bertahun

aku tinggalkan daerah itu, bertahun juga aku hidup dalam kerinduan yang terlalu menyeksa. Nadi yg berdenyut membilang

detik kamu keluar dari hidupku. aku tahu ia sudah terlalu lama dan.. ia takkan berulang kembali.


Seseorang,


    Terimakasih untuk segalanya, terimakasih untuk sekadar menemani, bercerita tentang sesuatu. Untuk seseorang

itu, jerat percintaan yang meracik aku kedalamnya suatu masa dulu. Juga untuk seseorang itu....., jika waktu itu tiba

untuk kamu bangun dan ingin menyatakan selamat tinggal, aku mengerti dan semakin mengerti tentang erti segalanya.



    Sekadar menyatakan sebuah terimakasih...


6)      untuk renungan itu

              Aku tak tahu, tak pasti tentang apa apapun. Yang aku tahu hanyalah renungan itu. Seakan dia melihat seluruh isi alam. Penuh cinta, penuh hiba dan... seakan tertulis tentang sesuatu yang ingin aku lupakan. Setelah dia pergi dunia ini seakan belantara merah yang kosong dan tandus dan aku tidak ingin melihat apa apa lagi. Aku rindukan segala yang tak bisa kuulang semula. Segala nostalgia telah kukuburkan  segalanya bersama mimpi2 yang kecundang. andai segalanya bisa kembali, yang pastinya aku harus kembali meneroka lembaran baru.


              Satu renungan itu, aku hampir pasti.. aku pernah melihatnya suatu masa dulu, menyayanginya, merinduinya dan kehilangannya. Hati ini rapuh, goyah... hati ini tersingkap seketika pada lembaran lama. Aku tidak lagi ingin dihuni rasa bersalah, rasa kagum, dan ... aku sendiri tidak tahu di mana harus aku berada.


                 Yang pasti... renungan itu sedikit menggusarkan.


7)      Satu ketika dulu..

          Tiada jutawan boleh membeli masa lalu... Aku ingati itu sebaiknya. Masa yang pergi takkan kembali lagi. Memandang seketika ke belakang terlihat batas batas sawah memanjang, hijau dan di hujung sana ada ibu yang sedang menjinjing baldi. Ibu itu capek, panas meratah tubuh, namun anaknya masih belum menjamah hidangan. Ibu terus pulang, di tangannya ada baldi berisi air, dan di kepalanya kayu api tersusun kemas. Ibu itu harus pulang segera. Anak2 berlari tanpa baju mengikutnya pulang.


           Sampai di rumah, menaiki tangga tua yang berselirat dengan akar minyak, ibu itu terus ke dapur, Isi kelapa tua sebagai sumbu, menyusun kayu kecil dan besar. Api dinyalakan perlahan lahan. Guri di ceduk, beras di basuh dan meletakkannya di atas tungku. Belum berhenti lagi. Ikan masin yang di atas bumbung di basuh lagi. Minyak kelapa yang entah berapa kali diguna dituangkan ke belanga. Asap berkepul dan hangit ikan kering menusuk hidung. Beralih ke belakang.., anak2 kecil tersenyum berbaris menantikan nasi di atas tungku. Ibu itu ke bawah lagi, ada pegaga di tepi batas. Di kutip dan ke perigi.. di basuh. Naik semula. Belacan, asam dan garam di campur sekali.. buat perasa.


               Nasi dah masak. Ikan kering pun sudah dipinggan. Anak2 kecil melingkari tikar lusuh dan merenung wajah ibu itu. Ibu itu tersenyum dan... tunggu bapakmu pulang, nanti kita makan sekali. Anak2 memandang ke tangga. Salam di beri, bapak tersenyum, bersila dan mengelus kepala anak anaknya. Makanlah sayang, cepat besar.. belajar rajin rajin, nanti bila pandai tak perlu ke sawah lagi seperti ayah. Anak2 kecil mengangguk dan makan bersama sama. Ayah memandang ibu tua.. tersenyum dan ikan kering harus digoreng lagi.


                 Sekarang, rumah itu sudah roboh, bapak dan ibu tua juga sudah kembali menghadap Illahi meninggalkan seorang doktor dan guru yang saban tahun tak pernah jemu mencabut rumput di pusara... Dan ikan kering itu masih di bawa ke banglo mewah milik mereka. Ikan kering itu milik mereka dan ikan kering itulah tandamata kasihsayang kedua ayah dan ibu....Amin...


8)      Dia....

               Sungguh!

               Memang sungguh sungguh!

               Aku rindukannya. Setengah mati. Orang nak cakap angau pun angau la. Sayang? Mungkin tak berapa sangat sebab... dia sering dipeluk,dicium dan dibelai orang! Cinta? hmm.. susah nak cakap, nak kata tak kadang kadang ada, nak kata ada pun rasanya tak kot. Kenapa mesti ada rindu?

             Aku masih ingat sewaktu berjalan dipinggir pantai aku sedang melihat lautan dan dia? Merenung tepat kewajahku dan bila aku berpaling.. dia sedang tersenyum!

              Sungguh, aku rindukan detik itu. Lagi?

              Sewaktu aku sedang makan dia sering mengambil saputangan, mengelap mukaku yg comot. Katanya ibunya marah kalau suaminya nanti seorang yang comot comot, terlalu rindu saat itu!

             aku punyai sebuah motosikal lama yang seusiaku, dan dia sangat sukakannya. Katanya, bila melihat motosikal itu, dia terbayangkan wajahku..., lalu setiap masa kami sama2 naik motosikal buruk itu untuk ke mana saja. Dia memilih sayangnya padaku dari rasa suka menaiki kereta yg lebih baik keadaannya.

              Tapi? kenapa harus dia pergi? Mungkin tiada jodoh antara kami, mungkin juga kerana dia terlalu menyayangiku dan tidak mahu aku terlalu mengingatinya..

              Namun semua itu mungkin sekadar telahan, atau memujuk diri sendiri.

              Hakikatnya?

              Bersama motor buruk ini di kedai yg kami sering makan bersama dan bersama baju yg dihadiahkannya padaku...

              Sungguh!

              aku terlalu rindukan dirimu sayang...


9)      Coretan buat seorang ayah

                     Umurku sudah 41 tahun, saat ini aku sedang berhadapan dengan seseorang, yang bertarung dengan segala kemungkinan. Di katil bernombor di dalam wad lelaki terbaring ia seperti bayi yang baru dilahirkan. Menadah apa saja, lidah kelu tanpa suara, dia lena yang seakan enggan dan bimbang. Pada usia yang sebegitu lama, aku melihat terlalu banyak yang ada dalam hidupnya, Salah satunya adalah aku, seorang kerdil yang belum ke mana. Sedari kecil, sehingga aku tahu mencari rezeki sendiri, dialah segalanya. Keinginannya untuk melihat aku hidup, membesar dan menjadi seseorang begitu kuat. Dengan pengorbanan yang sebegitu, termampukah aku untuk menyatakan terimakasih untuk jasa yang sebegitu besar?

                     Pada detik ini dia kembali mengengsot seakan mahu kembali ke masa lalu, dia seakan mahu mengulangi segala yang tertinggal. Aku yang mengharung separuh usianya hanya mampu mengenangkan nasib untung sendiri suatu masa nanti. Air yg menitis dari bekalan hampir kering. Kemudian harus ditambah lagi. Mengingatkan aku pada usia kecil sering meminta, habis dan minta di tambah lagi. Pada usianya seperti aku, dia begitu gagah membanting tulang, hanya kerana ingin aku setiap hari mampu ke sekolah. Panas hujan bukan alasan, sakit yg tersembunyi, amarah yang harus di tahan, dan kudarat yang mesti digagahi. Teringat pada arwah ibu yang sama sama membanting tulang di sawah yang kecil, hanya untuk melihat mata ini melihat dunia seperti orang lain.

                          Pada detik ini , aku hanya mampu melihat tanpa bisa merubah apa apa… tekak sudah terasa perit, airmata harus kutahan dan aku saat harus mula belajar menangis di dalam hati…. Terimakasih dari anakmu yang lemah ini….


12.27pagi hospital langkawi.


10)  Mawar yang tersisa..

                Sepasang mata, di dalamnya ada bebola jernih, disebaliknya ada terlukis seraut wajah yang lama ditinggalkannya. Dia pergi hanya kerana mencari sesuatu. Padanya dia pergi kerana percaya cinta itu ada disebalik gunung, di tabir awan dan di rimba belantara.

               Disisinya menanti sepasang mata sayu, lembut dan pasrah, entahl bilakah dia akan kembali lagi. Dia membiarkan rasa halus yang akrab terlerai seperti manik manik berserakan, untuk dikutip, digilap dan disatukan kembali. Malah cukup kejam hanya sekadar berpaling tanpa senyuman walaupun sekadar lambaian selamat tinggal.

             Seseorang di sini menanti dan terus menanti, gunung itu terlalu jauh, awan yg tak terjangkau dan belantara yang melemaskan insan. Yang termampu, hanya melihat dari kejauhan, di tangannya sekuntum mawar yang telah layu dan lerai dari kelopaknya.

             Dia masih setia, mengharapkan hatinya dibawa pergi, jauh darinya dan terus menunggu , mungkin suatu hari dia yang pergi akan mengembalikan hatinya buat meneruskan sebuah kehidupan yang tersisa....


11. Selamat Tinggal bapa...

Kuntuman cempaka berselerekan di tepian batu batu nisan yang tersusun di tanah gersang tak berpenghuni. setiap yg bermula pasti akan berakhir, setiap yang benyawa pasti merasai kematian. Diusia yang melepasi waktu gagah, dirimu cuba bangkit, dan bingkas melawan derita. Namun terlalu kerdil diri kita, untuk menahan amokan usia, terlalu kecil menolak penentuan takdir. Aku, jauh melihat perjalanan masa, merasai setiap kerut dan keringat yang tumpah. Dalam rela, dalam derita, dalam nostalgia.. manik manik kecil merestui pemergianmu buat selamanya. Aku tidak tahu apakah aku mampu bertemumu lagi.. aku tidak tahu kemana takdir akan membawaku pergi.

Di tanah ini juga, bersemadi seorang ibu yang melangkah sebelum dirimu. Salam kasihsayang untuk kedua dua yang mambanting tulang di segenap usia untuk membesarkanku....


Maafkanku... sampai disini aku tak mampu meneruskan ayat ayat ini lagi, terasa perit , pedih dan aku akan menulis lagi, hanya waktu ini aku ingin bersendirian untuk seketika.....


Ya Tuhanku, tempatkanlah kedua duanya di kalangan roh orang orang yang beriman......


12. Pergilah.....

              Aku tahu, kau bukan untukku, aku tahu suatu hari kau akan pergi jua, aku tahu akan tercipta seribu alasan , segalanya untuk kamu lari dariku. Dulu, mungkin aku akan duduk seketika, melihat hijau sawah luasa terbentang, atau sekadar anak ikan kecil di limbahan. Kini aku terlalu memahami, segalanya akan hampir juga, akan datang, menyeka keringat yang tumpah, dan mengatakan tentang..


izinkan aku pergi sejauh yang aku mampu.....


pergilah, aku tak ingin bersedih lagi


  1.  Sekalung doa untukmu...

Ibu, hari ini ramai org mengingai ibu ibu mereka...


                Masih terasa hangatnya tubuhmu yg kemudiannya beransur dingin, dan akhirnya bersemadi di sana untuk selamanya. Ibu, dalam dakapan kasihsayangmu, ibu tak pernah pergi jauh, ibu masih ada di sini, melihat aku, senyum dan marah. Aku menghantar jasadmu ke sana tapi bukan kasihsayangmu.

                 Ibu, aku siapa untuk menahan semua itu, tapi aku juga punya tenaga untuk selamanya merinduimu. Ibu, ampunkanlah dosaku sejak aku dilahirkan.. tanpa keampunanmu itu aku hanya lebih hina dari seketul batu yg tak bernyawa.

                 Ibu, tiada sesaat tanpa aku mengingatimu...semoga engkau di sana aman dan bergembira dan doamu menjaga aku sehingga aku menurutimu suatu hari nanti...


14. Daerah Maya- Hati seorang antagonis

       Di satu daerah yang jauh, dataran sejauh mata memandang, sayup ke hujungnya. Dia bercerita tentang cintanya, yang baru yang masih segar. Aku sekadar mampu mendengar tanpa menyatakan apa apa. Aku kelu dalam bicara. Daerah Maya tersimpan sejuta makna, ada terangkum segala peristiwa. Mencintai seseorang dalam waktu yg lama, mesra berbaur peristiwa.

         Berikan aku sedetik waktu untuk aku mengimbas masa. Dahulunya di sini kita sama sama berlari mengejar anak anak burung kecil yang baru tumbuh sayapnya. Di sini juga dulu kita sama sama melihat pelangi yang melingkari bunga bunga yang berserakan. Dan di sini juga, mentari bangun bersama embun menitis, dan nafas dihela sambil menyatakan tentang cinta kita.

          Teman, aku sekadar mampu mendengar, aku sekdar mahu mengimbas kisah lalu, tapi aku tak terdaya melakukan apa apa. Daerah itu terlalu indah, namun ia maya, ia akan hilang dan menjelma kembali. Aku tidak mengharapkan apa apa dari daerah itu. Aku tahu ia maya dan selamanya akan begitu. Hanya yang mampu aku katakan, cintai dirimu dan jangan biarkan hatimu hilang di telan kegelapan dan Daerah Maya hanyalah satu persinggahan untuk musafir yang haus.


15. Sayangilah..

insan yang menyayangi kamu, bukan insan kamu sayangi. Mungkin itu kata di atas kertas, mungkin itu luahan cinta yg tak kesampaian. Tapi ada benarnya mungkin! Kamu sayangi dirinya, tapi .. dia dalam pelukan yang lain! Kamu mengingatinya saban waktu, dia? Mengingatimu hanya di waktu dia memerlukanmu. Yang pasti? Sayangilah dirimu, jangan biarkan ia terluka lagi!


16. Di subuh Ramadhan ini

Sayang..

           Jalur merah, kuning dan biru berbaur di ufuk. Bukit yg masih gelap menyimpan berbagai memori dan peristiwa yang tidak akan berulang kembali. Di waktu zaman masih berpelitakan minyak tanah, di sana tanah yang sama, pohon yang masih teguh berdiri, langkah waktu itu tidak seperti ini.


Sayang..

           Berapa pantas pun masa berlari, ingatan dan rindu ini tak pernah berhenti. Meskipun segalanya seperti sudah tertinggal jauh, memori ini masih basah , masih tega berdiri menghadap ke kaki langit, seakan melaungkan panggilan agar dirimu kembali.


Sayang..

           Yang pasti, akan kugenggam seerat mungkin, dalam simpanan memori, dalam lelah berlari, dalam pedih kehilangan , dalam gusar , ada sesuatu yang aku ingin dakapi. Masa bukan terlalu lewat untuk satu permulaan, dan masa hanya menurut takdir.


Sayang..

            Akan kubina satu mercutanda, agar kuolah segala yang ada, akan ku kejar segala yang pantas, akan ku daki bukau yg meninggi kerana aku tahu...


             Aku hanya kehilanganmu tetapi aku tidak pernah kehilangan kasihsayang Tuhanku! Amin Ya Rabbal Alamin..


17. Aku seorang diri

Teman,

Jangan bunuhku dengan pujian,

Jangan alpakan aku dengan pujukan,


Teman, aku hanya seorang insan seni, kerdil, mentah dan bodoh. Melata di atas mukabumi, berkat rahmat Tuhanku. Aku mencari dan terus mencari, bumi ini kupijak, langit ini kujunjung. Aku memburu sakinah, aku mencari redha, walaupun terlalu jauh, dan aku sendiri tidak tahu redha dan sakinah itu ingin aku mendekatinya, atau menghambatku jauh ke belantara resah dan gelisah.


Teman, lautan ini terlalu bergelombang, lautan ini entah bila bertemu teduhnya, melihat jambatan kecil, dan sayup dihujungnya. Aku masih merenung, beku tanpa menggerakkan walau hujung jari. Jambatan itu indah, jambatan itu membuatkan aku leka. Bukan salah siapa siapa, hanya hati lemah yang tak mampu melontarkan langkah.


Teman, andai ada ruang yang bisa engkau datang dan membantuku, untuk menapak tanpa henti, mencarinya, sesuatu yang abadi, sesuatu yang bercahaya, aku memerlukanmu. Teman, puji dan pujuk itu racun yang terlalu manis dan menarik alpa keseluruh anggota...


18. Taman Ariani

Lelah,

          hati seakan diterjah gelombang. Fana.. seakan mufus  tidak keruan hala arahnya.. Entah keterlaluan sekali.Entah apa dosa, apa nista yg merentasi takdir ini.


Ariani,

          malam malamku basah dengan desah rindu tulus mengingatimu. Jari jemariku tergenggam, entah tanganmu terjangkau dalam mimpi mimpimu. Begitu persis, begitu murni dia hadir dalam jiwa kerdil ini yg sering berantakan di anyam sengsara.


Ariani,

         tak sanggup lagi.. bermimpi yg serupa, tak betah lagi mengigau namamu diluar jendela. Malam milikku dan aku ingin tidur semahuku, tapi sering engkau menjengah dan tersenyum menerjah tidur yang tak pernah sempurna..


19. Salam Ayah bonda..

                Buat Pertamakali aku bangun di pagi raya, berbaju baru, melihat anak2 kecil yg masih dibuai mimpi dengan rasa berbeza.Kali ini tiada lagi tangan2 yg membesarkan aku, yg memberikan kasihsayang untuk dicium..


                   Ayah bonda, aku tahu kedua dua diri mu berada di sana, aku tahu doamu masih bersamaku.  Aku rindukan kalian, aku ingati segala waktu kedua dua mu masih di sini. Terimakasih kerana membesarkan aku dan menyayangi aku.


                   Ya Allah Ya Tuhanku, andai ada dosa mereka di dunia ini, kasihanilah mereka, hukumlah aku, andai ada pahala untukku berikanlah kepada mereka  semuanya.. kerana .. tanpa kerelaan  meraka membesarkan aku,  tidak akan akan mampu aku menulis tinta ini.


                    Di Pagi AidilFitri ini , aku kehilangan kata, aku masih anak kecil yg telah kehilangan 'segalanya'... tempatkanlah mereka di tempat yg trbaik disisiMU.. Amin.


20. Suatu Waktu Dahulu (Ingatan untuk Kak Nyai Mariani.. )

             Suasana sekitar awal 80-an, Kampung Kuala Temoyong, Langkawi. Aku masih awal belasan tahun, usia janggal antara anak kecil dan dewasa. Bila bapaku bercerita tentang ada orang yg akan ke rumah kami, aku kaget.

              Siapa?

             Hari yang di nanti telah tiba, tertulis perkataan Institut Teknologi Mara!

            Aku nantikan lagi? Yang mana satu?

            Program anak angkat mungkin yang pertama di kampung kami.  Bila tiba giliran bapa, keluar seorang gadis yang wajahnya sangat lembut, senyumannya begitu luhur. Kemudian kami saling bercerita, aku mungkin yang paling pendiam sekali. Katanya dia orang Negeri Sembilan. Namanya?

              Nyai Mariani!

              Seorang kakak yang baik, arwah ibu dan bapa sangat senang dengan Kak Nyai, panggilan yang masih kuingati sehingga kini. Berbagai rencana yang di atur, kemudian dijalankan dan akhir sekali... saat berpisah. Bukan itu yang aku inginkan tapi apakan daya. Bertemu dan berpisah sudah suratan. Wajah wajah arwah bapa dan ibu, senyum.. tapi mungkin menahan sebak, dan itulah kali terakhir mereka bertemunya. Mungkin mereka berdua seakan mengerti.. dan setelah Kak Nyainpergi aku masih mendengar arwah bapa dan ibu bercerita tentang dirinya lagi.

             Walaupun lebih 28 tahun berlalu, Allah Maha Penyayang, menemukan aku dengannya lagi, menghubungkan kembali silaturrahim yang lama terputus. Terimakasih Kak Nyai kerana sudi bertandang  ke rumah kecil kami suatu waktu dahulu. Rumah itu telah menyembah bumi, tapi hati kami masih ada di sana. Kunjungilah kami di sini kalau ada ruang, kalau ada ingatan dan 'rumah' baru bapa dan emak tidak jauh dari rumah yang dulunya Kak Nyai bersama sama kami sekeluarga..


Dengan ingatan dan doa..