Bual Hati

Penerbitan : Armaya Tinta 

Penulis       : Nan Hasan

Genre         : Himpunan Anekdot, Mutiara                             Kata dan Nukilan.

Tahun Penerbitan : 2017

Mukasurat  : 120

Harga          : RM20.00 (tidak termasuk pos)


'Jangan menangis untuk sesuatu yang akan musnah, menangislah kerana kamu berkehendak pada sesuatu yang kekal'

Jangan cari keajaiban dalam perhubungan. Manusia penuh kelemahan. Hari ini berkata ini, esok berkata itu. Dunia ini sementara, begitu jugalah hubungan sesama manusia, segalanya sementara. Tiada jaminan untuk seorang manusia itu taat hakiki pada manusia yang lain. Hormatilah dia sebagai pasangan kita, tapi pendamkan cinta dan rintihan bila dahi bertemu lantai dalam setiap sujud kita. Mencintai Yang Hak adalah cinta yang paling tinggi. Mencintai yang akan binasa hanya membawa ...kita membina amarah yang amat tebal. Hakikat Lauwamah, Mulhimah dan terus ke Mutmainnah adalah jaminan kekal. Yang Maha Penyayang tidak pernah berbohong pada kita, cuma kita yang sering berbohong pada diri sendiri. Berapa kalikah dalam seminggu kita menangis kerana disakiti hati oleh pasangan yang berkongsi bantal? Ini hakikat dunia.. segalanya sementara. Dan adakalanya terlalu melalaikan!

 

Bersangka baiklah pada diri sendiri, dan ahli keluarga kita. Kadang2 kita penat dengan tekanan hidup, tapi anggap saja tekanan itu seperti tekanan pada tayar kereta kita. Lebih kuat tekanan lebih laju ia bergerak. Sekali dalam hidup cadangkanlah berhimpun semua keluarga di mana2 tempat yang jauh. Anggap saja sebagai hadiah kepada diri sendiri. Semua orang ada masalah dalam hidup, tapi masalah ini seperti air laut, kalau kita lalai kita akan masuk kedalamnya dan lemas, tapi kalau kita beringat kita akan bina sampan dan gunakan laut untuk sampai ke tempat yang lain. Keluarga kita cuma ada kita, jadi berazamlah untuk jadi ketua keluarga yang terbaik!

Perkara cinta adalah perkara dua orang yang tak pernah selesai sehinggalah hari ke liang lahad. Suami cintakan isterinya, berjanji sehidup semati, kubur masih merah, sudah berganti di rumah dengan emak baru. Isteri berjanji abanglah bahagian paling indah dalam hidupnya, sakit saja si abang, di hospital seorang diri, atau di rumah orang tua tua. Hidup kita penuh dengan janji, namun manusia, janji dengan Allah pun selalu dilanggar inikan pula manusia. Apa yang terbaik? Jujurla...h pada diri, hidup bersama selagi berjodoh, berkelanalah seorang diri bila sudah tak sehaluan. Hidup seumpama mimpi yang panjang, mimpi segalanya indah namun hakikatnya kadang tidak tetanggung badan merasa. Mencintai seseorang adalah sesuatu yang amat indah tetapi disingkir sewaktu cinta masih utuh, seperti menghempaskan hati sendiri ke batu! Cintai Allah, Dialah Yang Maha Kekal....

Ya Tuhanku..
Ajarkanlah aku sesuatu, tentang bagaimana untuk lupakannya. Ajarkanlah aku bagaimana untuk hilangkan kesannya yang berbekas didalam hati. Ajarkan aku juga bagimana untuk kembali tersenyum.Ya Tuhanku... dia pergi sejauh yang dia mahu, dan tinggalkan aku disini dalam gelap dan sepi. Yang ada hanyalah rindu dan kenangan...

Lelaki, biasanya kurang gemar wanita yang terlalu berterus terang. Lelaki gemar wanita yang beri sedikit untuk orang lain dan tinggalkan bahagian yg banyak untuk dirinya. Lelaki suka wanita yang tersenyum dan kadang kadang ketawa sambil menutup mulut. Lelaki gemar wanita yang berjalan dengan kaki yang agak tertutup. Dan paling penting, lelaki suka wanita pemalu yang agresif. Pemalu dikhalayak ramai, tapi agresif bersama suami!

Sifat dunia. Jawatan tinggi, gaji besar. Kereta hebat, kereta idaman. Malam dinner dengan kawan2 anak org kaya, educated. Habis makan clubbing, biasa la teguk air peram yang kalau kena baju memang kena basuh dulu, bau teruk! Berjoget sampai awal pagi, semua ketawa semua gembira. Separuh sedar balik ke rumah, pagi bangun lagi, kepala rasa berat , nak muntah semua ada. Hung Over! Pergi kerja, malam ulang lagi! Makan mabuk muntah makan mabuk muntah... orang tengok kita moden, ada style.. tapi kita sendiri rasa seperti bangkai. Tak ada arah tujuan. Itulah realiti clubbing.. aku pernah ke sana.. aku tau siapa dan kenapa orang ke sana. Lagi baik pi mancing, malam happy balik rumah pun happy.. makan ikan sedap!