Wan Aishah atau Sirintra Yayee dilahirkan di Kampung Kamala, Patong Beach Phuket. Mendapat kelulusan dari  Universiti Islam Antarabangsa. Dilahirkan pada 1985 yg juga merupakan tahun tamatnya Sumpahan Mahsuri yg terkenal.Mahsuri binti Pandak Mayah yg dilahirkan pada 1819 merupakan anak tunggal kepada pasangan Pandak Mayah dan Mak Alang. Di fitnah bermukah dengan Deramang seorang penglipurlara dari Batu Bara dan dihukum bunuh . Kejadian berlaku pada 1821 dan sebelum meninggal Mahsuri telah melafazkan satu sumpah iaitu,'Langkawi akan menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan'. 2 tahun selepas Langkawi telah diserang dan rumah2 dibakar, penduduk dibunuh , tanaman dimusnahkan dan perigi diracun. Dan setelah itu Langkawi mengalami zaman suram sehinggalah pada saat kelahirannya. Dan kini Langkawi telah menjadi salah satu destinasi pelancongan antarabangsa dengan kehadiran 2.4 juta pelancong setahun.