Akademi Koreksional Malaysia

Berdasarkan kepada keputusan yang dibuat ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah persidangan Asia Pacific Conference Of Correctional Administration (APCCA) 1997. Di dalam persidangan tersebut deligasi telah mencadangkan untuk menjadikan Malaysia sebagai Ragional Training Centre (RTC) bagi negara-negara Asia Pasifik.

Sehubungan itu, sebuah tapak di Lot PT No. 2639 yang di kenali sebagai ‘The Gates’ yang terletak berhampiran jeti di Kuah, Langkawi telah dibeli oleh Kerajaan Malaysia dengan kos pembelian sebanyak RM 64,000,000.00 iaitu RM 34,750,000.00 (Pembelian Tanah), RM 21,100,000.00 (Kos Ubahsuai) dan RM 8,150,000.00 (Kos Loose Item dan Harta Modal).

Akademi Koreksional Malaysia telah diserahkan kepada Jabatan Penjara Malaysia oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 07 Februari 2007. Satu Majlis Penyerahan Dan Penerimaan telah dibuat di Auditorium Akademi Koreksional Malaysia dengan dihadiri oleh Y. Bhg. Datuk Mustafa bin Osman, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Akademi Koreksional Malaysia dibangunkan di atas tanah seluas 25 ekar iaitu sebahagian daripada P.T. No. 2639 di bahagian tenggara Pulau Langkawi. Tanah yang di bangunkan ialah seluas 12.5 ekar.

Jalan Persiaran Putra
Kuah
Langkawi
Kedah
07000
04-9600000