Langkawi Cable Car 


          Berketinggian 710 meter dari aras laut, merupakan yg kedua terpanjang di Malaysia. Mempunyai 38 gondola dengan kepanjangan 2.2 kilometer. Mula beroperasi pada 2002 diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

              Menggunakan kepakaran Austria dan dinobatkan sebagai salah sebuah cable car yg tercuram di dunia dengan kecuraman 42darjah. Berlatarbelakangkan Hutam Simpan Kekal Gunung Mat Chincang. Dengan usia melebihi 550 juta tahun, UNESCO telah mengesahkannya sebagai The BirthPlace of Asia dengan batuan yg menyamai apa yg terdapat di Goa, India.

              Terdapat tiga buah stesen dan dua menara, Stesen Tengah yang merupakan hentian pertama dan menyusul stesen puncak yang menempatkan kemudahan2.  Terdapat tandas awam, Kafe, Kedai Souvenir, Tapak pemandangan indah dan paling utama Jambatan Gantung. Jambatan ini direkabentuk oleh Peter A. Weiss merentasi dua puncak. Pemandangan dari jambatan ini begitu phenomenal dan pelancong dapat melihat hutan hujan tropika dengan lebih dekat.

           Perjalanan dari stesen puncak ke Jambatan gantung mengambil masa 15 minit untuk turun dan 25 minit untuk naik. Pengambaran filem Don lakunan Shah Rukh Khan telah di buat di situ dan pada masa kini Don 2 sedang menyusul.

             Perjalanan naik dan turun tanpa henti adalah 30 minit dengan maksima 6 orang satu gondola, Makan dan minuman adalah dilarang di bawa ke dalam gondola untuk mengelakkan pembuangan sampah secara tidak teratur.

             Tiket untuk dewasa adalah RM30 dan Kanak2 RM 15, manakala pemegang my kad Dewasa adalah RM15 dan kanak kanak RM5. Pemegang voucher adalah dipinta supaya menukar dulu voucher kepada tiket sebelum dapat menaiki cable car.

             Pemandangan dibawahnya adalah air terjun Telaga Tujuh yg penuh dengan mitos. Terdapat juga perkhidmatan mengenderai gajah, kuda dan memberi makanan kepada rusa dan arnab. Harimau yg dipelihara juga terdapat berdekatan dengan stesen asas.

           Oriental village yg menempatkan stesen puncak juga memiliki deretan kedai untuk membeli belah, gerai dan restoran makanan jepun thailand dan cina. Di dalam tasik terdapat servis bot kayuh dan makanan itik serta ikan yg dipelihara. Terdapat dua buah parking untuk kemudahan pengunjung dan jarak dari Pekan Kuah sekitar 32 kilometer dan dari Pantai Cenang sekitar 15 kilometer.