Taman Negara Pulau Payar


                Terletak 19batu nautikal atau 35 kilometer ke selatan  Langkawi. Terdapat 4 buah pulau iaitu Pulau Payar, Pulau Kaca, Pulau Lembu dan Pulau Segantang. Disekitarnya juga terdapat 13 tapak selaman skuba yang mempunyai ciri2 yang berbeza.

                 bahagian pantai Pulau Payar yg merupakan tempat tumpuan snorkeling mempunyai pelbagai jenis hidupan laut. ANtaranya ikan yu, ketang. sergeant major, kerapu gergasi, barracuda dan ikan2 dasar yang lain. Kumpulan ikan ikan kecil juga mudah kelihatan hanya dengan selaman snorkeling.

                 Untuk ke sana biasanya berlepas dari Jeti Kuah lebih kurang 1 jam perjalanan dan keseluruhan akan mengambil masa sehari untuk perjalanan dan beriadah di sana. Biasanya makanan disediakan oleh pihak penganjur.

                 Kemudahan yg ada di sana adalah tandas awam, tempat makan, bilik persalinan dan juga tapak peninjauan di bahagian atas bukit di Pulau Payar.

                   Harga yang ditawarkan adalah dari RM150 dan ke atas untuk seorang peserta.