Gunung Raya  (898meter)


              Merupakan puncak tertinggi di Langkawi dengan ketinggian menara pemandangan indah adalah 900 meter. Menempat stesen satelit MEASAT yg membekalkan kemudahan ASTRO kepada rakyat Malaysia. Terdapat juga resort tertinggi di Langkawi iaitu Coconut Hill Resort yang mempunyai kemudahan kolam renang dan lain lain. Sebuah restoran ala Vietnam juga terdapat di sini.

             Paling menarik tentang Gunung Raya adalah khazanah alam semulajadi. Hutan hutan montane, fauna yang pelbagai pasti menarik perhatian anda di sini. Paling senang untuk melihat lutung di dalam habitat semulajadi, dan jangan lupa anak orennya yg seperti teddy bear. Ratufa bicolor atau tupai gerabak yg sebesar anjing itu adakala mengejutkan pengunjung dengan kepantasannya. Jika berpeluang untuk menyusuri hutan ada banyak lagi khazanah yang masih terpelihara.

             Himpunan unggasnya adalah paling menakjubkan. Wreath Hornbill yang hanya menetap 3 bulan setiap tahun di sini, dan juga Great Hornbill yg boleh kedengaran bunyinya sejauh 1 kilometer! Lihatlah saiz sayapnya menjangkau sehingga 1.5 meter memungkinkan anda untuk mendengar 'woosshhh' dari kepakan sayapnya. Lagi? Buzzard, Trogon yang mempunyai sayap berwrna warni, Asian Fairybird yang seakan jersi bolasepak!

             Oopss! Sebelum tu yg terbaik dapatkan khidmat pemandu pelanncung anda untuk memahami dengan lebih jelas. Tiada yg lebih mahal selain dari ilmu! Kalau sekadar ingin naik dan melihat persekitaran atau menikmati kopi enak sambil melihat matahari terbenam yang sangat indah atau paling indah! Ada cafe di sini yg untuk anda. Percayalah tentang sesuatu! Anda akan berasa tenang di sini, malam yang dingin dan angin segar, pandangan yang sangat luas seprti melihat dari mata seekor burung yang terbang sebebas bebasnya.

            Mungkin terlupakan sesuatu... RM10 untuk menikmati kopi di puncak 900 meter kafe dan khidmat eskalator, dan mereka sangat suka menerima tetamu!