Taman Geopark Karst Kilim seluas 1400 hektar adalah di dalam kawasan Hutan simpan Sungai Kisap. Memiliki jaluran sungai yang bersambung sammbung amat sesuai untuk aktiviti menyusuri sungai Hutan Paya Bakau. Landskap Karst yang mempunyai berbagai bentuk menarik yang sangat unik.

          Pokok bakau Rhizopora yang menguasai sepanjang Tebing sungai juga memiliki koleksi lain yang berjumlah sekitar 27 jenis termasuklah Pokok Api Api yang masyur dengan kesan getahnya yg amat kuat. 

          Antara lain yg menarik perhatian adalah koleksi burung pekaka atau Kingfisher. Terdapat lebihkurang 15 jenis terdapat di Langkawi dan di sini juga adalah merupakan antara habitatnya. Selain dari itu helang helang laut yg banyak jumlahnya adakalanya seperti rama rama besar yg berterbangan di sini.

          Pakej yg ada di sini antaranya menyusuri sepanjang sungai dengan boat melawat ke gua batu kapur (Gua Kelawar) yg di dalamnya beratus ratus kelawar yang tidur di waktu siang, Susunan stalaktit dan stalagmit, dan juga takat air pasang purba amat sesuai untuk pendidikan anak anak.

          Tuan2 juga akan dibawa melihat santuari helang dan berpeluang merakamkan aksi2 helang laut menyambar makanan dari jarak yg amat dekat. Terdapat juga kawasan nelayan menjalankan ternakan ikan di dalam sangkar dan tuan2 akan diberi penerangan tentang aktiviti di sini hidupan laut yang ada.

           Terdapat sebuah gua yang di beri nama Gua Buaya yang mana bentuk ukiran semulajdi batu itu seakan akan seekor buaya. Di sepanjang sungai ini juga tuan tuan berpeluang melihat deretan kapal kapal layar yg sekan akan sebuah perkampungan air. Kapal kapal ini datang dari berbagai negara di seluruh dunia.

           Akhir sekali bot akan keluar ke muara sungai di mana tuan tuan akan dapat melihat daratan tanah besar Thailand dan juga tandanama bagi taman tersebut. Sebuah pulau di situ diberi nama Pulau Kasut, mungkin tuan tuan dapat meneka kenapa.

            Pesanan dari kami di mana saja tuan tuan berada hargailah alam sekitar, jaga kebersihan dan kalau ada peluang cubalah untuk menanam anak benih pokok bakau untuk kenangan dan sumbangan kepada Langkawi.


              Harga ada dari RM200 satu boat 8 orang tanpa pemandu pelancong. Skipper akan bertindak sebagai penyampai maklumat. Jika tuan2 ingin tahu lebih mendalam pakej berserta guide dan makan tengahari adalah sektar RM120 seorang dengan minum 4 orang. Pemandu Pelancong bertauliah akan bersama anda di sepanjang perjalanan.