Underwater World Langkawi adalah akuarium yg kedua terbear di Asia Tenggara, Namun begitu terdapat tarikan tersendiri yang tidak ada di tempat lain. Terdapat lebih 400 jenis hidupan dan dibahagikan kepada tiga sektor.

                Bahagian marin mengandungi hidupan marin laut dan air tawar. Terdapat ikan ikan jerung ,pari dan berbagai spesis gerpoh yg terkenal dengan ganasnya di tali pancing!. Yang lain termasuk ikan naga yang berbentuk seakan akan naga dalam mitos dan sangat dilindungi.

            Berhati hati bila menggunakan kamera kerana ia sensitif dengan cahaya kuat.Bahagian air tawar pula mengandungi jenis jenis masher yg terkenal dengan saiznya dan harga yg sangat mahal! Mungkin anda belum pernah melihat ikan pari air tawar! Lain lain spesis yg biasa di lihat dan ada juga yg belum pernah dirakamkan lensa anda.

             Sektor kedua adalah hidupan sub antartika yang menonjolkan keunikan penguin , anjing laut dan lain lain. Terdapat penguin jenis Rockhopper yg seperti di dalam filem Surf Up dan African Penguin yang bersaiz agak besar. Anda boleh menikmati pandangan daratan dan juga dari bawah air.

            Selain dari itu monyet terkecil di dunia dari Amazon, Capybara iaitu tikus terbsar di dunia dan juga mamalia mamalia lain. Tidak lupa juga kecantikan burung burung yg menghuni hutan tropika didalamnya.

            Bahagian atas pulak adalah 3D Theatre untuk anda menikmati kelebihan menonton di dalam format 3d. Buat masa sekarang disebelahnya terdapat Pamiran RAW Nostalgia yang menempatkan lukisan lukisan dari 8 negara dan juga fotografi. Menanti sewaktu keluar kedai2 cenderamata dan pasaraya bebas cukai.

             Tiket berharga RM38.00 dewasa dan RM28.00 Kanak Kanak. Bagi pmegang mykad anda akan memperolehi potongan RM10 untuk setiap tiket. Jadi.. selamat berkenalan dengan hidupan marin dan sub antartika!