Jabatan Pendidikan 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan sekalung syabas dan tahniah atas kejayaan membangunkan laman web Pejabat Pelajaran Daerah Langkawi ini sebagai wahana untuk menyampaikan mesej dan juga maklumat. Pembangunan laman web ini dapat mencerminkan kejayaan bukan sahaja daripada tenaga kerja yang menganggotai malah seluruh warga PPD.

Saya amat berbesar hati dan setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kerana diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini.

Hasrat Pejabat Pelajaran Daerah melalui motonya iaitu "Langkawi Setanding" memberi cabaran kepada kita untuk menerokai teknologi-teknologi yang sedia ada supaya sentiasa seiring dengan perkembangan ledakan teknologi maklumat ini. Dengan terbinanya laman web, kita telah sedikit sebanyak telah merialisasikan hasrat kita. Saya amat berharap dengan adanya laman web ini, ia akan memudahkan kita untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita bagi melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Saya juga berharap kepada semua agar dapat memanfaatkan kemudahan ini semaksimum yang mungkin.

Akhir kata, saya mendoakan agar semua warga PPD dapat menyahut cabaran mendatang dengan semangat yang kuat dan kesungguhan bagi menjana kecemerlangan untuk memartabatkan pendidikan negara bertaraf dunia. Semoga kecemerlangan itu milik kita bersama.


Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi TN. HJ. MARZUKI B. HJ. DAUD 049666294
049660664
2 PEN. PPD (HEM) EN. RAZALI B. TAHRIM


3 PEN. PPD (SAINS/ MATEMATIK) EN. MUHAMAD NAZRI B. MOHD. NOOR


4 PEN. PPD (BAHASA/ B.INGGERIS) EN. NAGAIAH A/L VELU


5 PEN. PPD (TEKNIK DAN VOKASIONAL) EN. SHAFIEE B. IDRIS


6 PEN.PPD (KEMANUSIAAN) EN. AHMAD SUFIAN B. ABDUL RAHMAN