Jabatan Perhutanan

Negeri Kedah Darul Aman terletak di bahagian Utara Semenanjung Malaysia iaitu di antara latitud 5 ° 5’ – 6° 35’ Utara dan longitud 99° 40’ - 101° 8’ Timur. Pengaruh iklim tropika dengan kadar hujan yang tinggi di negeri ini telah mewujudkan kawasan hutan hujan tropika yang agak luas dengan kebanyakannya berada pada paras ketinggian melebihi 150 meter atas aras laut.
Dengan keluasan keseluruhan berjumlah 942,600 hektar, negeri ini adalah merupakan negeri yang berasaskan pertanian di mana tanaman padi adalah merupakan tanaman utama sehingga dikenali sebagai Negeri Jelapang Padi Malaysia. Sistem pengairan yang efisien telahpun dibangunkan di bawah MADA. Sistem pengairan ini memerlukan kawasan hutan tadahan air yang secukupnya bagi membolehkan ianya terus berfungsi. Oleh itu sumber hutan di negeri ini mempunyai peranan serta fungsi yang sangat penting dalam menjana pembangunan sosio-ekonomi Negeri Kedah Darul Aman

PEJABAT PERHUTANAN DAERAH KEDAH UTARA (LANGKAWI)

Pejabat Hutan Langkawi,
07000 Kuah, Pulau Langkawi,
Kedah.
Tel. : 04-9666835