Armaya Tinta Resources

Co No : KV0016398-T

Lot 752, Kg Temoyong, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah Darulaman. 

Phone : 013-4064716

Daerah Maya

karyaNanHasan

Novel Cinta

RM30.00

220 m/surat

Dari kejauhan, sebuah kereta Bentley dengan nombor plet satu angka mulai masuk ke lobi. Ada hiasan bunga diatas bonetnya. Arman hanya memandang dari kejauhan. Kereta semakin hampir, dan bellman bersarung tangan putih pun membuka pintunya.

Keluar dari pintu belakang, dimulai dengan pengantin lelaki, begitu hebat dengan tuxedo dan suit mahal. Arman hanya mampu melihatnya saja dan saat yang ditunggu tunggu, keluarlah pengantin perempuan dengan gaun putih beropol dengan jambangan bunga di tangannya.

‘Arini!

Matanya terpaku melihat jelitanya Arini dengan mahkota, dan solekan yang membuatkannya begitu anggun. Sebaknya tak tertahan lagi tapi digagahkan juga, tiada airmata yang tumpah. Tunduk ke bawah, terpandang kasutnya yang koyak. Teringatkan pesanan sahabatnya, pulang nanti dan buktikan pada dunia, dan jangan biarkan dipermainkan lagi.

Pengantin masuk perlahan lahan ke dalam ballroom, dan Arman pun berjalan keluar dari kawasan hotel. Dia bertekad untuk jadi kuat. Dia tidak mahu menangis lagi. Dia tidak mahu dipermainkan lagi. Arini sudah pergi, sudah jadi milik orang! .....................seterusnya

Bual Hati

Karya NanHasan

Himpunan Anekdot dan Mutiara Kata

RM20.00

120 m/surat

Sampai mana kita akan rasa derita, rasa marah, benci? Sehingga kita menemui sabar.Sabar seperti bius yang membuang segala kesakitan yang ada. Tapi di mana sabar itu? Memang sangat susah menemuinya.. Ada orang yang bertuah, dan ada yang tidak. Bila hati sudah kebas, sudah tak merasai apa apa, saat itu kita sudah menemui sabar! Tapi untuk apa? tanpa rasa sakit, sihat tidak memberi makna apa apa. tak ada sesiapa mampu memberitahu kita, adakah kita miliki sabar itu kecuali diri kita sendiri. Pejamkan mata.. andai kamu lihat kesakitan dan kamu tak merasai apa apa.. sabar itu sudah terlalu dekat!....... seterusnya